awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden terkandas di gunung Jepun meningkat pada paras tertinggi

Bernama
Bernama
15/06/2023
20:01 MYT
Insiden terkandas di gunung Jepun meningkat pada paras tertinggi
Polis Jepun mengesyorkan orang ramai merancang lebih awal dan memantau keadaan cuaca sebelum mendaki bagi mengelak kemalangan selain menggesa pendaki supaya membawa peralatan mencukupi. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Insiden terkandas di kawasan pergunungan di Jepun mencatatkan rekod tertinggi iaitu lebih 3,500 pada 2022 selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan dan laluan mendaki dibuka semula, menurut data polis yang dikeluarkan pada Khamis.
Data Agensi Polis Kebangsaan Jepun yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan peningkatan sebanyak 431 kes berbanding tahun sebelumnya dengan sejumlah 3,015 kes direkodkan, jumlah tertinggi sejak 1961, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News.
Kawasan metropolitan Tokyo, termasuk tempat mendaki Gunung Takao yang terkenal, menyaksikan peningkatan kes yang dilaporkan, menurut laporan itu.
Daripada mereka yang terkandas, 327 orang meninggal dunia atau hilang, 44 lebih daripada tahun sebelumnya - dengan kira-kira 70 peratus daripada mereka berumur 60 tahun ke atas.
Polis mengesyorkan orang ramai merancang lebih awal dan memantau keadaan cuaca sebelum mendaki bagi mengelak kemalangan selain menggesa pendaki supaya membawa peralatan yang mencukupi.
Menurut data, 1,306 individu mengalami kecederaan manakala 1,873 berjaya diselamatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#pendaki
#terkandas di gunung
#polis Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan