[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Instagram nelayan Rusia terus popular, kongsi gambar makhluk marin aneh

Astro Awani 24/12/2017 | 00:20 MYT
Antara ikan pelik yang dikongsi Roman Fyodorov. - Instagram @rfedortsov_official_account
ROMAN Fyodorov, seorang nelayan Rusia terus meraih tumpuan pengguna media sosial kerana perkongsian koleksi foto makhluk pelik dan mengerikan yang ditemuinya.
Fyodorov menggunakan platform Instagram dan memuat naik pelbagai gambar hidupan laut dalam yang luar biasa termasuk yang tersangkut di pukatnya.
Menariknya ada antaranya kelihatan seakan makhluk dalam filem termasuk Alien dan spin-off Harry Potter, Fantastic Beasts and Where to Find Them. Malah ada yang kelihatan berwajah manusia.
Tindakan Fyodorov yang berasal dari bandar Murmansk itu membuatkan pengikutnya sentiasa ternanti-nanti makhluk apa lagi yang bakal dikongsinya.
Bagi Fyodorov sendiri, paling diminatinya adalah seekor ikan yang mirip jerung pra-sejarah dengan deretan gigi yang luar biasa.
Fyodorov juga meminta pertolongan pengikut Instagramnya untuk membantunya menamakan makhluk yang dia sendiri tidak pernah melihatnya.
Berikut beberapa gambar makhluk pelik yang dikongsi Fyodorov di laman sosial miliknya.

My wife knows how I’m afraid of spiders. This spider from the depths

A post shared by Роман Федорцов (@rfedortsov_official_account) on

No need to invent “Monsters” Nature is already did it

A post shared by Роман Федорцов (@rfedortsov_official_account) on

The Beauty from the Sea Bottom. Красота со дна морского

A post shared by Роман Федорцов (@rfedortsov_official_account) on

Akaun Instagram Fyodorov dengan nama @rfedortsov_official_account sehingga kini telah memiliki lebih 200,000 pengikut.
#alien #Harry Potter #makhluk ngeri #makhluk pelik #nelayan