PENGELUAR telefon pintar, Apple baru sahaja melancarkan iPhone 14 bulan lepas, tetapi seorang individu telah mengeluarkan AS$39,339 (RM185,719) untuk membeli iPhone generasi pertama yang dikeluarkan pada 2007 dan masih berbungkus dalam kotak asalnya.
Telefon pintar 8GB itu telah dijual oleh LCG Auctions, Ahad lalu.
Peranti itu pada asalnya dijual pada harga AS$599 (RM2,827) pada 2007, namun, selang 15 tahun kemudian, bidaannya dibuka pada harga AS$2,500 (RM11,802).
Pada deskripsinya, telefon itu disifatkan sebagai "ciptaan yang paling penting", merupakan keluaran pertama dari kilang dan berada dalam keadaan sangat baik.
"Kami sudah menjangkakan pembidaan untuk item ini dan ia memang tidak mengecewakan kerana harganya meningkat lebih AS$10,000 pada petang Ahad," kata pengasas LCG Auctions, Mark Montero dalam satu kenyataan.
"Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan semua pembida kerana menjadikan ini salah satu lelongan paling berjaya dalam sejarah kami," tambahnya.
Apple pertama kali memperkenalkan iPhone pada tahun 2007 dan ia berjaya mencecah jualan jutaan unit dalam masa yang singkat.
Sebagai tambahan kepada storan 8GB, telefon ini juga menampilkan kamera dua megapiksel.
Model asas iPhone 14 yang dikeluarkan baru-baru ini mempunyai storan 128GB dan menggunakan kamera utama 12 megapiksel dengan lensa ultra lebar.
Agensi
Wed Oct 19 2022

Pada deskripsinya, telefon itu disifatkan sebagai "ciptaan yang paling penting", merupakan keluaran pertama dari kilang dan berada dalam keadaan sangat baik. - YouTube/MurkyAssassin

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

iPhone 14, 14 Plus Apple kini dalam warna kuning
Apple melancarkan iPhone 14 dan 14 Plus dalam warna kuning, sekali gus mengesahkan beberapa khabar angin seperti dilaporkan sebelum ini.

Messi hadiah iPhone emas buat rakan Argentina
Lionel Messi melakukan kelainan apabila menghadiahkan 35 unit iPhone emas buat staf dan para pemain skuad negara itu yang memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

iPhone generasi pertama yang belum digunakan dijual lebih AS$63,000
Sebuah iPhone generasi pertama yang masih belum dibuka dan dalam kotak dibalut plastik dilelong pada harga lebih AS$63,000.

Perintah berkurung di China, penghantaran iPhone 14 lebih lewat
Apple Inc memaklumkan penghantaran iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max lebih lewat daripada yang dijangka sebelum ini berikutan perintah berkurung dilaksanakan semula di China.

iPhone siri pertama dibida pada harga RM185,000
Ia disifatkan sebagai "ciptaan yang paling penting", merupakan keluaran pertama dari kilang dan berada dalam keadaan sangat baik.

Jual iPhone tanpa pengecas, Mahkamah Brazil denda Apple AS$19 juta
Apple dalam kenyataannya berkata ia akan merayu terhadap keputusan itu.

Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.

Pratempahan iPhone 14 di Malaysia bermula 16 September
Peminat produk Apple boleh bersiap sedia untuk membuat tempahan telefon pintar terbaharu, iPhone 14 dan iPhone 14 Pro yang bermula minggu depan.

iPhone 14 dilancarkan di Cupertino
Apple telah melancarkan beberapa produk terbaharu termasuk siri koleksi iPhone 14 dan Apple Watch 8 untuk musim luruh tahun ini.

Apple beri amaran kelemahan sistem membolehkan iPhone, Mac digodam
Apple dalam kenyataan hari ini menggesa pengguna mengemas kini perisian pada peranti iPhone, iPad, dan komputer Mac.