Skip to main content

Dunia

Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya

A mural depicting the late leader of the Islamic Revolution Ayatollah Ruhollah Khomeini and the late Supreme Leader of Iran Ayatollah Ali Khamenei is reflected in a bookshop window display, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, April 5, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Iran mengumumkan program rasmi bagi majlis memperingati hari ke-40 kematian Pemimpin Agungnya, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei. - Foto REUTERS

TEHRAN: Iran mengumumkan program rasmi bagi majlis memperingati hari ke-40 kematian Pemimpin Agungnya, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Penyelarasan Pembangunan Islam, upacara memperingati hari ke-40 perkabungan bagi Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan diadakan di seluruh negara, dengan orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian secara meluas.

Advertisement

Majlis itu memaklumkan yang upacara berkabung, perhimpunan keagamaan dan bacaan al-Quran akan bermula 8 malam Rabu di beberapa dataran utama, masjid dan tapak keagamaan di seluruh negara.

Pada 9 pagi Khamis, perarakan perkabungan dan kumpulan keagamaan dijadualkan bergerak dari Meydan-e Jomhouri-e Eslami menuju ke lokasi yang dinyatakan dalam kenyataan itu, berhampiran tapak beliau meninggal dunia.

Kenyataan itu juga mengumumkan bacaan doa beramai-ramai untuk kesejahteraan Imam al-Mahdi pada 9 malam, yang akan diiringi dengan rakaman suara Allahyarham di dataran awam dan tapak keagamaan.

Pada Jumaat, sebelum solat Jumaat, upacara peringatan dijadualkan bermula dari 10 pagi di kawasan solat didirikan di seluruh Iran.

-- BERNAMA-MNA

Must Watch Video