DUNIA
Iran berdiri teguh bersama Qatar berhadapan ‘wabak’ keganasan Israel - Menteri Luar
Araghci berkata Iran berdiri bersama Qatar dan seluruh saudara-saudara Islam, khususnya menentang wabak keganasan yang sedang mengganas di rantau ini.
DOHA: Iran berdiri teguh bersama Qatar, khususnya menentang wabak keganasan yang sedang melanda Asia Barat, kata Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghci.
Ringkasan AI
Beliau berkata demikian melalui hantaran di X sejurus tiba di sini untuk menghadiri mesyuarat tergempar menteri luar negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Saya berada di Doha dengan satu mesej jelas daripada rakyat Iran, Iran berdiri bersama Qatar dan seluruh saudara-saudara Islam, khususnya menentang wabak keganasan yang sedang mengganas di rantau ini,” katanya.
Mesyuarat yang dipanggil atas permintaan Qatar itu akan menumpukan kepada keganasan ketenteraan rejim Israel terhadap negara tersebut.
Presiden Masoud Pezeshkian akan mewakili Iran pada sidang kemuncak pemimpin, bergabung dengan ketua-ketua negara lain untuk membincangkan krisis tersebut.
Pezeshkian sebelum ini telah melakukan lawatan dua hari ke Doha, ibu kota Qatar, pada 3 Oktober 2024 untuk pertemuan rasmi dua hala dan penyertaan dalam Forum Dialog Kerjasama Asia.
Rejim Israel pada hari Selasa menyerang sebuah kawasan kediaman di Doha yang mensasarkan kepimpinan Hamas.
Pegawai kanan Hamas selamat daripada serangan itu, tetapi lima ahli Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar terbunuh.
Pemimpin Hamas ketika itu sedang mengadakan pertemuan untuk membincangkan cadangan baru yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) bagi menghentikan perang di Gaza, yang telah meragut lebih 64,803 nyawa sejak Oktober 2023.
Qatar, bersama-sama AS dan Mesir, telah menjadi pengantara dalam rundingan untuk menamatkan perang tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam, yang akan disertai pemimpin dan wakil negara anggota OIC.
Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan serta Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal Razali.
Delegasi Perdana Menteri disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Iran tegaskan sokongan kepada Qatar dan negara Islam dalam menentang keganasan di Asia Barat, kata Menteri Luar Seyed Abbas Araghci semasa tiba di Doha untuk mesyuarat tergempar OIC.
- Mesyuarat OIC fokus kepada serangan Israel di Doha yang menyasarkan pemimpin Hamas, mengorbankan enam orang termasuk pegawai keselamatan Qatar; serangan berlaku ketika perbincangan cadangan gencatan senjata AS.
- PM Anwar Ibrahim turut hadir Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, bersama pemimpin negara anggota OIC untuk bincang krisis Gaza yang telah meragut lebih 64,803 nyawa sejak Oktober 2023.