awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran beri amaran AS berdepan akibat buruk jika lancar serangan

Agensi
Agensi
17/11/2020
12:57 MYT
Iran beri amaran AS berdepan akibat buruk jika lancar serangan
Trump dikatakan telah meminta penasihat kanannya mencadangkan pilihan yang sesuai untuk melancarkan serangan ke atas tapak uranium Natanz. -Gambar: Reuters
AMERIKA Syarikat (AS) diberi amaran akan berdepan dengan akibat buruk jika berhasrat untuk menyerang tapak nuklear di Iran.
Amaran keras itu dikeluarkan Tehran dalam satu kenyataan di laman web rasmi kerajaan.
“Apa-apa tindakan terhadap Iran akan berhadapan dengan tindak balas yang buruk,” kata jurucakap Ali Rabiei dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyusul sebagai reaksi kepada laporan media bahawa Presiden AS, Donald Trump mengadakan perbincangan di Pentagon untuk melancarkan serangan di tapak nuklear utama Iran.
Trump dikatakan telah meminta penasihat kanannya mencadangkan pilihan yang sesuai untuk melancarkan serangan ke atas tapak uranium Natanz.
Bagaimanapun, hasrat itu dibatalkan selepas Trump dinasihatkan supaya tidak mengambil langkah berkenaan kerana berisiko menimbulkan isu yang sangat serius lebih-lebih lagi dalam dua bulan terakhir sebagai presiden.
Pada 2018, Trump telah mengeluarkan AS daripada perjanjian nuklear Iran yang ditandatangani bersama lima negara lain dengan tujuan untuk mengekang program nuklear Tehran.
Tindakannya itu dibuat atas alasan perjanjian berkenaan tidak berkesan.
Iran terus mendakwa program nuklearnya dibuat untuk tujuan keamanan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#Iran
#serangan
#nuklear
#presiden
#AS
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan