awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran beri amaran kepada kapal pemusnah AS

Agensi
Agensi
24/07/2025
01:10 MYT
Iran beri amaran kepada kapal pemusnah AS
Iran mengeluarkan amaran kepada sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat pada Rabu supaya mengubah haluan ketika melalui perairan berhampiran wilayah Iran. - Gambar Reuters
TEHRAN: Iran mengeluarkan amaran kepada sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu supaya mengubah haluan ketika melalui perairan berhampiran wilayah Iran.
Media rasmi Iran menyiarkan imej yang dirakam dari sebuah helikopter yang berada dalam jarak visual dengan kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Fitzgerald.
Ketika kejadian, seorang anggota kru dilaporkan mengeluarkan amaran melalui radio kepada kapal perang AS itu agar menukar haluan.
Bagaimanapun, seorang pegawai pertahanan Amerika memberitahu, insiden tersebut selamat dan profesional serta tidak memberi sebarang kesan terhadap misi kapal pemusnah berkenaan.
"Insiden ini tidak memberi sebarang impak kepada operasi USS Fitzgerald dan sebarang maklumat yang mendakwa sebaliknya adalah cubaan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran untuk menyebarkan maklumat palsu," kata pegawai.
Kejadian ini berlaku susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran bulan lalu, yang menurut Washington merupakan sebahagian daripada program pembangunan senjata nuklear.
Namun, Tehran menegaskan bahawa program nuklearnya adalah semata-mata untuk tujuan awam.
Topic Berkaitan
#Iran
#serangan udara
#AS
#operasi USS Fitzgerald
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami