DUNIA
Iran berjaya uji peluru berpandu dengan kepala ledak seberat 2 tan - Menteri Pertahanan
Iran berjaya menguji peluru berpandu pertama yang dilengkapi dengan kepala ledak seberat dua tan, kata Menteri Pertahanan Iran Aziz Nasirzadeh pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS
TEHRAN: Iran berjaya menguji peluru berpandu pertama yang dilengkapi dengan kepala ledak seberat dua tan, kata Menteri Pertahanan Iran Aziz Nasirzadeh pada Rabu, lapor RIA Novosti.
"Kami mencapai kejayaan besar dalam sektor pertahanan negara. Kejayaan terkini kami (dalam bidang pertahanan) dicapai minggu lepas apabila kami menjalankan ujian yang sangat berjaya terhadap peluru berpandu dengan kepala ledak seberat dua tan," kata beliau yang dipetik penyiar SNN.
Nasirzadeh tidak memberikan butiran lanjut mengenai ujian itu, namun memberi amaran yang Iran bersedia untuk menyerang semua pangkalan tentera AS di Timur Tengah sekiranya "perang dipaksa" ke atas negara itu.
Beliau berkata konfrontasi ketenteraan antara Iran dan AS mungkin berlaku sekiranya rundingan mengenai program nuklear Iran digantung. Dalam situasi ini, AS mungkin melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran dan semua pangkalan tentera AS di Timur Tengah akan berada dalam jangkauan peluru berpandu Iran, katanya.
Sejak 12 April lepas, Iran dan AS mengadakan lima pusingan rundingan tidak langsung dengan Oman menjadi perantara. Pusingan terbaharu berlangsung pada 23 Mei. Selepas rundingan itu, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengumumkan yang Oman mencadangkan beberapa mekanisme yang berpotensi membantu mengatasi halangan dalam mencapai kemajuan rundingan. Menurut beliau, kemajuan itu boleh dicapai dalam satu atau dua pusingan lagi.
Sebelum pusingan kelima, perbezaan antara kedua-dua pihak semakin meruncing apabila Washington menuntut agar Iran menghentikan sepenuhnya pengayaan uranium, tetapi Tehran menolak tuntutan itu dan menegaskan bahawa tiada perjanjian akan dicapai selagi AS terus berkeras dengan syarat itu.
Bagaimanapun, pada akhir Mei, Araghchi berkata Iran bersedia membenarkan pemantauan lebih ketat ke atas aktivitinya dalam bidang nuklear untuk membina kepercayaan dan menunjukkan ketelusan.
Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei pada Selasa berkata, pusingan keenam rundingan tidak langsung antara Iran dan AS dijadualkan berlangsung di ibu negara Oman, Muscat pada 15 Jun.
-- BERNAMA