awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Hael Husaini ajak ALPHA sertai konsert sulung
MALAYSIA
Malaysia, Rusia dijangka tandatangan kerjasama pengurusan bencana
DUNIA
Lebih 30 cedera dalam serangan peluru berpandu Iran ke atas lokasi strategik Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran bertindak atas dasar pertahanan diri - Araghchi

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
03:50 MYT
Iran bertindak atas dasar pertahanan diri - Araghchi
Araghchi turut menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai pihak yang paling bertanggungjawab mencetuskan ketegangan terbaru ini. - Foto fail/AP
TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan bahawa semua tindakan ketenteraan yang dilancarkan oleh Tehran adalah semata-mata atas dasar pertahanan diri, berikutan apa yang disifatkan sebagai siri agresi melampau oleh rejim Israel.
Dalam satu kenyataan di platform X, Araghchi berkata dunia kini sepatutnya sudah maklum bahawa Iran hanya bertindak balas selepas diserang.
Beliau menyatakan bahawa walaupun berdepan tekanan dan provokasi berterusan, Iran tidak menyasarkan negara-negara sekutu Israel, sebaliknya hanya bertindak terhadap rejim Zionis itu sendiri.
“Seluruh dunia seharusnya sudah tahu bahawa Iran hanya bertindak atas nama pertahanan diri,” katanya.
Araghchi dalam kenyataan sama turut menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai pihak yang paling bertanggungjawab mencetuskan ketegangan terbaru ini.
Menurut beliau, Netanyahu secara sengaja menyalakan api peperangan dan kini cuba mengheret kuasa-kuasa luar untuk meluaskan konflik ke seluruh rantau.
“Dunia harus sangat bimbang terhadap usaha rejim Israel yang sedang gagal untuk diselamatkan oleh pihak luar, sambil meluaskan api peperangan ke rantau dan seterusnya,” tegas Araghchi.
By now, the whole world should know that: (1) Iran solely acts in self-defense. Even in the face of the most outrageous aggression against our people, Iran has so far only retaliated against the Israeli regime and not those who are aiding and abetting it. Just like Netanyahu pic.twitter.com/cEUCaLHpAL
— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) June 18, 2025
Mengulas lanjut, Araghchi juga mengulangi pendirian tetap Iran berhubung isu senjata nuklear.
Beliau menegaskan bahawa Tehran tidak mempunyai niat mahupun alasan untuk membangunkan senjata pemusnah besar-besaran, walaupun kini berhadapan ancaman langsung daripada satu-satunya rejim bersenjata nuklear di rantau itu.
“Kalau kami berniat, adakah perlu ada alasan yang lebih kukuh daripada serangan terbuka oleh satu-satunya rejim bersenjata nuklear di rantau ini?” soalnya secara retorik, sekali gus menegaskan semula komitmen Iran terhadap prinsip non-proliferasi nuklear.
Walaupun konflik semakin meruncing, Iran menurut Araghchi, masih bersikap terbuka terhadap usaha diplomasi.
Namun beliau menegaskan bahawa Tehran tidak akan sesekali berunding dengan Israel, yang disifatkan sebagai “rejim penjajah, genosid dan tidak sah”.
“Kami tetap serius dan berpandangan ke hadapan,” katanya sambil menjelaskan bahawa Iran tidak akan berkompromi terhadap prinsip asas negara, meskipun membuka ruang dialog dengan komuniti antarabangsa.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#abbas araghchi
#Iran
#Israel
#senjata nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami