awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jaga adab ketika ziarah, jangan lakukan khurafat - Ibu Allahyarham Nurly Shahirah
GADGETS
Yahoo Mail kurangkan storan percuma dari 1TB kepada 20GB
MALAYSIA
Pesuruhjaya Tinggi baharu UK di Malaysia fokus kerjasama semikonduktor hasilkan cip kualiti tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran berupaya perkaya uranium semula dalam tempoh beberapa bulan - Ketua IAEA

Agensi
Agensi
28/06/2025
23:20 MYT
Sponsor Banner
Iran berupaya perkaya uranium semula dalam tempoh beberapa bulan - Ketua IAEA
Grossi menjangkakan Iran mampu memulakan semula pengeluaran uranium diperkaya dalam tempoh beberapa bulan, meskipun beberapa kemudahan nuklear negara itu mengalami kerosakan akibat serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, menjangkakan Iran mampu memulakan semula pengeluaran uranium diperkaya dalam tempoh beberapa bulan, meskipun beberapa kemudahan nuklear negara itu mengalami kerosakan akibat serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Menurut laporan CBS News, Grossi berkata, sebahagian daripada infrastruktur nuklear Iran masih berfungsi, sekali gus membolehkan beberapa siri sentrifug beroperasi semula bagi menghasilkan uranium diperkaya.
“Dalam beberapa bulan… atau mungkin lebih singkat mereka (Iran) boleh kembali memutarkan beberapa rangkaian sentrifug untuk menghasilkan uranium diperkaya,” katanya dalam temu bual yang disiarkan pada Sabtu.
Israel pada 13 Jun lalu melancarkan serangan udara menyasarkan fasiliti nuklear dan ketenteraan Iran dengan alasan untuk menyekat Teheran daripada membangunkan senjata nuklear - dakwaan yang berkali-kali dinafikan oleh Iran.
Susulan itu, Amerika Syarikat turut menggempur tiga lokasi utama yang dipercayai terlibat dalam program nuklear republik Islam tersebut.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengakui, tahap kerosakan yang dialami adalah “serius”, namun butiran penuh masih belum didedahkan.
Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump, mendakwa program nuklear Iran telah “mundur beberapa dekad”.
Namun, Grossi menegaskan: “Sebahagiannya masih utuh.”
Lokasi uranium masih tidak diketahui
Satu lagi persoalan penting yang dibangkitkan ialah sama ada Iran sempat memindahkan simpanan uranium diperkaya seberat kira-kira 408.6 kilogram (bersamaan 900 paun) sebelum serangan berlaku.
Uranium berkenaan telah diperkaya sehingga 60 peratus - melebihi tahap untuk kegunaan awam, tetapi masih di bawah tahap bagi menghasilkan senjata.
Sekiranya dimurnikan sepenuhnya, ia cukup untuk menghasilkan lebih sembilan bom nuklear. Grossi berkata, pihaknya tidak tahu di mana bahan tersebut berada.
“Ada yang mungkin musnah dalam serangan, tapi ada juga yang mungkin telah dipindahkan. Maka satu penjelasan rasmi perlu dibuat,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Parlimen Iran telah mengundi untuk menggantung kerjasama dengan IAEA dan kerajaan Iran turut menolak permintaan Grossi untuk melawat lokasi yang rosak, termasuk kemudahan utama di Fordo.
“Kami perlu berada di lapangan untuk mengesahkan apa yang berlaku, apa yang masih ada, dan di mana bahan itu disimpan,” tegas Grossi.
Sementara itu, dalam satu temu bual berasingan bersama rancangan Sunday Morning Futures di Fox News, Trump menafikan kemungkinan Iran memindahkan uranium sebelum serangan.
“Itu perkara yang sukar dilakukan. Tambahan pula, kita tidak beri banyak amaran awal,” katanya.
“Mereka tak sempat pindah apa-apa,” dakwa Presiden AS itu.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, pada Sabtu menegaskan sokongan Washington terhadap IAEA dan memuji usaha Grossi serta agensinya sebagai “komited dan profesional.” - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#kemudahan nuklear Iran
#uranium diperkaya
#Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami