DUNIA

Iran dakwa 20 pelajar, pendidik terbunuh dalam serangan udara Israel

Astro Awani 26/06/2025 | 08:35 MYT
Alireza Kazemi (foto) berkata beberapa sekolah turut mengalami kerosakan sepanjang tempoh konflik tersebut. -Gambar media sosial
TEHRAN: Seramai 20 pelajar dan beberapa pendidik Iran dilapor terkorban dalam kempen ketenteraan selama 12 hari yang dilancarkan oleh Israel ke atas negara itu.

Ringkasan AI
  • Seramai 20 pelajar dan beberapa pendidik Iran dilaporkan terkorban dalam kempen ketenteraan selama 12 hari oleh Israel, dengan beberapa sekolah turut mengalami kerosakan.
  • Konflik turut menyasarkan kemudahan nuklear Iran dan menyebabkan kematian saintis serta ahli keluarga mereka, meningkatkan jumlah korban awam.
  • Iran mengecam serangan Israel sebagai pencerobohan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan menegaskan haknya untuk membangunkan tenaga nuklear secara aman di bawah NPT.

Bercakap kepada media tempatan Press TV pada Rabu, Menteri Pendidikan Alireza Kazemi berkata beberapa sekolah turut mengalami kerosakan sepanjang tempoh konflik tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lokasi kejadian, sebaliknya memaklumkan bahawa kementeriannya kini sedang menilai tahap kerosakan dan menyelaras bantuan kepada keluarga mangsa serta institusi pendidikan yang terlibat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengumuman itu menyerlahkan peningkatan jumlah korban dalam kalangan orang awam susulan pusingan terbaharu ketegangan di antara Iran dan Israel.
Konflik turut menyaksikan kemudahan nuklear Iran menjadi sasaran serangan manakala beberapa saintis serta ahli keluarga mereka terbunuh.
Sebelum ini, Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei menyifatkan serangan Israel sebagai tindakan pencerobohan terang-terangan yang mencabuli undang-undang antarabangsa.
Beliau turut menekankan bahawa Iran akan terus mempertahankan haknya terhadap pembangunan tenaga nuklear untuk tujuan aman seperti yang dijamin di bawah Perjanjian Pencegahan Penyebaran Senjata Nuklear (NPT).
#pelajar dan pendidik terkorban #konflik Israel-Iran #Alireza Kazemi #sekolah alami kerosakan #serangan udara