Skip to main content

Dunia

Iran dakwa serangan AS ke atas kapal di Laut Oman bersifat ‘lanun’

A view of Iranian-flagged cargo ship M/V Touska as the U.S. Navy Arleigh Burke-class Aegis guided missile destroyer USS Spruance conducts its interception in a location given as the north Arabian Sea, in this screen capture from a video released April 19, 2026. CENTCOM/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. THIS IMAGE WAS PROCESSED BY REUTERS TO ENHANCE QUALITY, AN UNPROCESSED VERSION HAS BEEN PROVIDED SEPARATELY. VERIFICATION -Identity of the ship confirmed as Touska by shape wh
Kapal kargo berbendera Iran, M/V Touska, ketika dipintas oleh kapal pemusnah kelas Arleigh Burke Tentera Laut AS, USS Spruance. - Foto REUTERS

NEW YORK: Iran mengecam Amerika Syarikat (AS) atas tindakan yang disifatkan mempunyai “ciri-ciri lanun” selepas tentera AS menyerang sebuah kapal komersial Iran di Laut Oman.

Dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, serta presiden Majlis Keselamatan PBB, misi tetap Iran ke PBB berkata serangan itu berlaku pada 19 April 2026 berhampiran pesisir pantai Iran di Laut Oman.

Advertisement

“Pasukan tentera AS telah melancarkan serangan menyalahi undang‑undang ke atas kapal komersial Iran, Touska,” menurut surat tersebut.

Iran menyifatkan serangan ke atas kapal awam itu sebagai pelanggaran serius dan nyata terhadap prinsip asas undang-undang antarabangsa.

Misi berkenaan turut mendakwa tindakan ancaman serta tekanan psikologi terhadap kru kapal dan keluarga mereka telah memburukkan lagi keadaan.

“Tindakan sedemikian jelas mempunyai ciri-ciri lanun dan merupakan satu peningkatan berbahaya yang secara serius mengancam keselamatan laluan perkapalan penting,” katanya.

Kenyataan keras Tehran itu hadir di tengah-tengah ketegangan berterusan antara Iran dan AS berhubung keselamatan maritim, khususnya di perairan strategik yang menjadi laluan utama perdagangan dan bekalan tenaga global.

Setakat ini, Washington belum mengeluarkan reaksi rasmi terhadap dakwaan Iran itu.

Insiden berkenaan dijangka dibangkitkan dalam perbincangan di PBB, ketika beberapa negara menggesa kedua-dua pihak supaya mengelakkan langkah yang boleh mencetuskan eskalasi lebih luas di rantau tersebut.
 

Must Watch Video