Skip to main content

Dunia

Iran dakwa serangan ke atas sinagog, gereja bersejarah cubaan hapus simbol identiti komuniti agama

Emergency personnel and other people gather at the site of a damaged synagogue, following what Iran’s semi-official Mehr news agency said was a U.S.-Israeli projectile, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, in this screen grab taken from a handout video released on April 7, 2026. IRANIAN RED CRESCENT SOCIETY/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT VERIFICATION: - Building exteriors, road layout, fence and trees matched
Sinagog Rafi‑Nia ranap akibat bedilan projektil dalam operasi ketenteraan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada 7 April lalu. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Majlis Tinggi Hak Asasi Manusia Iran mengutuk sekeras-kerasnya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas beberapa tapak keagamaan, budaya serta sejarah di negara itu, yang didakwa sebagai tindakan disengajakan untuk menghapus simbol identiti komuniti minoriti agama di Iran.

Dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita IRNA, majlis berkenaan mendakwa tindakan ketenteraan tersebut mengakibatkan kemusnahan Sinagog Yahudi Tehran, yang disifatkan sebagai sebuah rumah ibadat bersejarah bagi penganut Yahudi di negara itu.

Advertisement

Selain itu, serangan terbabit turut menyebabkan kerosakan teruk pada Katedral Ortodoks St Nicholas serta Gereja Ortodoks Greek St Mary.

Pihak berkuasa Iran menyifatkan pemusnahan yang disasarkan terhadap tapak keagamaan berkenaan melangkaui pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mendakwa ia merupakan serangan langsung terhadap kebebasan beragama.

Kenyataan itu menegaskan bahawa serangan berkenaan bukan sahaja menunjukkan pengabaian mutlak rejim penceroboh terhadap piawaian antarabangsa, malah menjadi bukti niat jahat untuk melenyapkan simbol identiti minoriti agama yang selama ini diiktiraf serta dihormati di Iran.

Kenyataan itu turut menambah bahawa komuniti minoriti agama di Iran sentiasa menikmati hak beragama mereka dalam kerangka undang-undang serta semangat hormat-menghormati antara satu sama lain.

Serangan ke atas infrastruktur budaya dan agama ini dilaporkan semakin meningkat sejak konflik bermula, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kehilangan khazanah sejarah yang tidak ternilai di rantau berkenaan.

Must Watch Video