TEHRAN: Iran menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan lebih tegas susulan perkembangan konflik di Asia Barat.
Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi berkata badan dunia itu perlu melangkah lebih jauh daripada sekadar mengeluarkan kenyataan, termasuk mempertimbangkan tindakan yang mengikat.
“Undang-undang antarabangsa tidak boleh ditegakkan hanya melalui kenyataan. UNSC perlu mengambil langkah yang lebih berkesan,” katanya menerusi hantaran di platform X.
تحولات فعلی لبنان، سوریه و قدس اشغالی، یک واقعیت را آشکارتر کرده است: بحران منطقه حاصل «تنشهای پراکنده» نیست؛ محصول جنایات و مصونیت رژیم صهیونیستی است که حاکمیت دولتها را نقض میکند، آتشبس را بیمعنا میسازد و به مقدسات فلسطینی ها تعرض میکند.
شورای امنیت باید از مرحله ابراز…— Gharibabadi (@Gharibabadi) June 2, 2026
Beliau turut mempersoalkan peranan pihak luaran dalam menangani situasi keselamatan di rantau berkenaan.
Menurutnya, perkembangan semasa menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan usaha mengekang konflik serta melindungi kedaulatan negara.
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di selatan Lubnan dilaporkan semakin meningkat susulan operasi ketenteraan Israel di kawasan berkenaan.
Setakat ini, pihak Israel dan Amerika Syarikat belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi terhadap kenyataan tersebut.