[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Iran guna peluru berpandu hipersonik ciptaan sendiri - Laporan

Astro Awani 01/10/2024 | 23:40 MYT
Fattah dianggap sebagai peluru berpandu hipersonik pertama Iran yang dihasilkan dalam negara dan boleh bergerak sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi dan mampu "mensasarkan sistem pertahanan peluru berpandu." - Foto AP
IRAN menggunakan peluru berpandu hipersonik Fattah 1 buat kali pertama semasa melakukan serangan ke atas Israel pada Selasa, menurut laporan media tempatan, Mehr News.
Fattah dianggap sebagai peluru berpandu hipersonik pertama Iran yang dihasilkan dalam negara.
Tentera Iran yang melancarkan senjata itu tahun lepas mendakwa, ia boleh bergerak sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi dan mampu "mensasarkan sistem pertahanan peluru berpandu."
#peluru berpandu balistik #peluru berpandu hipersonik #Fattah 1 #Iran serang Israel