DUNIA
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Rakaman daripada video yang diperoleh AP di luar Iran menunjukkan seorang penunjuk perasaan bertopeng memegang gambar Putera Mahkota Iran, Reza Pahlavi, ketika protes di Tehran, Iran, pada 9 Januari lalu. - Gambar AP
TEHRAN: Kerajaan Iran pada Ahad mengisytiharkan tiga hari berkabung nasional bagi memperingati “syuhada” yang terkorban dalam protes besar-besaran yang melanda negara itu sejak dua minggu lalu, lapor penyiar rasmi negara.
Langkah ini diumumkan ketika angka korban terus meningkat susulan gelombang demonstrasi yang menurut Tehran berpunca daripada campur tangan Amerika Syarikat dan Israel.
Agensi berita separa rasmi Tasnim melaporkan, sekurang-kurangnya 111 anggota pasukan keselamatan Iran terbunuh dalam pertempuran sejak protes tercetus akibat kejatuhan mendadak nilai mata wang rial dan pelaksanaan reformasi subsidi berskala besar.
Sebagai tindak balas, kerajaan Iran pada Ahad menyeru rakyat mengadakan perhimpunan nasional pada Isnin bagi menyatakan sokongan terhadap Republik Islam.
Dalam wawancara televisyen bersama penyiar rasmi IRIB, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, kerajaan bersedia menangani masalah ekonomi yang mencetuskan protes, namun memberi amaran bahawa “perusuh” tidak akan diberi toleransi.
Pezeshkian turut memperincikan rancangan kerajaan melaksanakan program reformasi subsidi utama yang bertujuan menstabilkan pasaran, meningkatkan pengeluaran dan memperkukuh kuasa beli rakyat, sambil memberikan perkembangan terkini mengenai pelaksanaannya.