DUNIA
Iran kecam EU label IRGC sebagai 'organisasi pengganas'
Anggota tentera udara IRGC ketika menjalani latihan di Abu Musa Island, 2 Ogos 2023. Gambar hiasan/REUTERS
TEHRAN: Iran mengecam keputusan Kesatuan Eropah (EU) yang menamakan Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai 'organisasi pengganas' susulan tindakan keras berdarah terhadap protes antikerajaan di negara itu.
Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas berkata, keputusan itu adalah “langkah tegas” yang perlu diambil kerana “penindasan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan.”
Beliau menegaskan, mana-mana rejim yang “membunuh ribuan rakyatnya sendiri sedang menuju kehancuran.”
Kementerian Luar Iran menyifatkan langkah EU itu sebagai “tidak sah, bermotif politik dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.”
Tehran turut menegaskan mereka berhak mengambil tindakan balas bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
IRGC, yang ditubuhkan selepas Revolusi 1979, merupakan cabang elit tentera Iran yang melapor terus kepada Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.
Ia turut mengendalikan program peluru berpandu dan nuklear negara.
Dalam pengumuman berasingan, Majlis Eropah turut mengenakan sekatan baharu ke atas 15 individu dan enam entiti yang didakwa terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.
Mereka termasuk Menteri Dalam Negeri, Eskandar Momeni serta Peguam Negara, Mohammad Movahedi-Azad.
EU menyatakan individu yang disasarkan terlibat dalam penindasan ganas terhadap protes awam dan penahanan sewenang-wenangnya terhadap aktivis politik serta pembela hak asasi manusia.
Protes besar-besaran di Iran tercetus akibat kemarahan rakyat terhadap inflasi dan masalah sosioekonomi.
Pihak berkuasa Iran mengesahkan lebih 3,117 kematian, termasuk orang awam dan anggota keselamatan.
Namun, kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di luar negara mendakwa angka sebenar jauh lebih tinggi, dengan laporan menyebut lebih 6,300 orang terbunuh sejak protes bermula.
Kebanyakan organisasi media antarabangsa masih dilarang membuat liputan di Iran, namun rakaman yang menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan telah disahkan.
Tehran dakwa Eropah hipokrit
Dalam perkembangan sama, Iran membalas tindakan EU dengan tuduhan bahawa Eropah menunjukkan “kemarahan selektif” dan hanya mahu “menyemarakkan ketegangan” di rantau itu.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mendakwa, EU gagal bertindak terhadap “jenayah Israel di Gaza” tetapi tergesa-gesa campur tangan dalam hal Iran.
Angkatan Tentera Iran turut menyifatkan penyenaraian IRGC sebagai “tidak logik dan tidak bertanggungjawab”, sambil menuduh EU bersikap bermusuhan terhadap rakyat Iran.
Langkah EU ini hadir ketika Amerika Syarikat (AS) meningkatkan kehadiran tenteranya di Asia Barat.
Presiden AS, Donald Trump berulang kali mengancam akan menyerang Iran, sambil memberi amaran bahawa masa untuk Tehran menyertai rundingan nuklear “semakin suntuk.”
Trump mendakwa sebuah “armada besar” AS kini menuju ke Iran dan bersedia menggunakan kekerasan sekiranya negara itu enggan berunding.
Iran bagaimanapun menolak sebarang rundingan di bawah ancaman, sambil menegaskan angkatan tenteranya berada dalam keadaan bersedia untuk bertindak balas “serta-merta dan dengan penuh kekuatan” terhadap sebarang serangan AS. - Agensi