DUNIA
Iran, kuasa Eropah bincang rundingan nuklear Tehran
Araghchi menegaskan semula komitmen Iran terhadap usaha diplomasi sambil mengkritik langkah kuasa Eropah mencetuskan semula sekatan Majlis Keselamatan PBB yang sebelum ini telah ditarik balik. - Gambar/ AP
TEHRAN: Iran dan tiga kuasa Eropah iaitu Perancis, Britain dan Jerman mengadakan rundingan pada Rabu mengenai program nuklear Tehran serta isu penghapusan sekatan yang disifatkan Iran sebagai "kejam", lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Iran, perbincangan itu berlangsung menerusi panggilan telefon antara Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Araghchi dengan pegawai dari ketiga-tiga negara berkenaan serta Kesatuan Eropah (EU).
Perbincangan itu memberi tumpuan kepada cadangan untuk meneruskan dialog diplomatik.
Araghchi menegaskan semula komitmen Iran terhadap usaha diplomasi sambil mengkritik langkah kuasa Eropah mencetuskan semula sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sebelum ini telah ditarik balik, dengan menyifatkan tindakan itu "tiada asas undang-undang atau logik."
Beliau turut menekankan kerjasama Iran dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), termasuk kerangka yang dipersetujui untuk memenuhi kewajipan perlindungan selepas serangan ke atas kemudahan nuklear Iran pada Jun, sambil menekankan pentingnya mengiktiraf pendekatan "bertanggungjawab" Tehran.
"Kini tiba giliran pihak lain untuk menggunakan peluang ini bagi meneruskan jalan diplomasi dan mengelakkan krisis yang boleh dielakkan," kata Araghchi.
Beliau menyeru supaya penyelesaian yang adil dan seimbang dicapai bagi melindungi kepentingan bersama, selain menggesa kuasa Eropah bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang tidak menghormati diplomasi atau undang-undang antarabangsa.
Pada 28 Ogos lalu, tiga negara Eropah itu memaklumkan kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa mereka telah mengaktifkan mekanisme "snapback" di bawah perjanjian nuklear 2015, yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), berpotensi mengembalikan sekatan PBB terhadap Iran dalam tempoh 30 hari.
Di bawah JCPOA, Iran bersetuju mengehadkan program nuklearnya sebagai pertukaran kepada pengurangan sekatan.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) menarik diri secara unilateral daripada perjanjian itu pada 2018 dan mengenakan semula sekatan.
-- BERNAMA