Iran lancar dua peluru berpandu balistik ketika ketegangan memuncak dengan AS

Agensi
Ogos 20, 2020 21:00 MYT
Peluru berpandu balistik Qassem memiliki jarak tempur sejauh 1,400 kilometer dan peluru berpandu tentera laut Abu Mahdi memiliki jarak tempuh 1,000 kilometer.
Stesen penyiaran rasmi Iran melaporkan negara itu melancarkan dua peluru berpandu balistik ketika ketegangan memuncak dengan Amerika Syarikat (AS).
Dua peluru berpandu balistik itu dinamakan sempena jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani dan pemimpin militia Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis yang terbunuh dalam serangan udara AS di luar lapangan terbang antarabangsa Baghdad pada Januari.
Peluru berpandu balistik Qassem memiliki jarak tempur sejauh 1,400 kilometer manakala peluru berpandu tentera laut Abu Mahdi memiliki jarak tempuh 1,000 kilometer.
Laporan itu turut mendakwa peluru berpandu Qassem tidak dapat dipintas sistem pertahanan musuh.
#Abu Mahdi al-Muhandis #Amerika Syarikat #AS #Iran #peluru berpandu balistik #Qassem Soleimani