[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Iran lapor serangan baharu Israel ke atas kemudahan nuklear Fordow

Bernama 23/06/2025 | 13:23 MYT
Agensi Berita separa rasmi Tasnim mengesahkan serangan ke atas tapak itu tanpa memberikan butiran mengenai tahap kerosakan. - X @jacksonhinklle
ISTANBUL: Israel melancarkan serangan udara terbaharu ke atas tapak nuklear Fordow, selatan ibu negara Iran, Tehran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran.
"Beberapa ketika lalu, musuh sekali lagi menyerang tapak nuklear Fordow," kata jurucakap Ibu Pejabat Pengurusan Krisis Wilayah Qom.
Agensi Berita separa rasmi Tasnim mengesahkan serangan ke atas tapak itu tanpa memberikan butiran mengenai tahap kerosakan.
Serangan itu berlaku sehari selepas tentera Amerika Syarikat (AS) mengebom tiga tapak nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Israel dan Iran telah terlibat dalam pertempuran udara sejak 13 Jun apabila Tel Aviv melancarkan serangan mengejut ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sehingga mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Menurut Kementerian Kesihatan Iran, sekurang-kurangnya 430 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera dalam serangan Israel itu.
-- BERNAMA
#serangan Israel #Iran #kemudahan nuklear #Fordow