DUNIA

Iran, Maldives pulih semula hubungan diplomatik

Bernama 24/09/2023 | 02:20 MYT
Kedua-dua Iran dan Maldives bersetuju membangunkan kerjasama khususnya dalam bidang inovasi, pelaburan, perdagangan dan pelancongan. - Gambar fail
MOSCOW: Iran dan Maldives memutuskan untuk memulihkan kembali hubungan diplomatik selepas tujuh tahun hubungan kedua-dua negara dingin, lapor Sputnik, memetik media Iran.

Pihak berkuasa kedua-dua negara sepakat untuk memgembalikan jalinan persahabatan antara Iran dan Maldives berdasarkan saling menghormati kedaulatan, kesaksamaan, kepentingan bersama dan kewujudan bersama secara aman, menurut Agensi Berita Tasnim.

Kedua-dua negara bersetuju membangunkan kerjasama khususnya dalam bidang inovasi, pelaburan, perdagangan dan pelancongan.

-- BERNAMA
#Iran #Maldives #hubungan diplomatik #hubungan dingin