awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ops Tali Pinggang: JPJ Selangor lapor tahap pematuhan tinggi
MALAYSIA
Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan LHDN terhadap TNB berhubung taksiran tambahan 2018
MALAYSIA
Kecemerlangan ekonomi 2024 perkukuh Agenda Maju Johor - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran pertimbang beli jet pejuang buatan China - Laporan

Bernama
Bernama
02/07/2025
02:00 MYT
Iran pertimbang beli jet pejuang buatan China - Laporan
Susulan gencatan senjata dengan Israel, Iran kini sedang mempertimbangkan untuk membeli jet pejuang Chengdu J-10 buatan China. - Gambar Reuters
TEHRAN: Susulan gencatan senjata dengan Israel, Iran kini sedang mempertimbangkan untuk membeli jet pejuang moden buatan China, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Akhbar harian Iran Entekhab pada Selasa melaporkan, Tehran berminat terhadap versi eksport jet pejuang Chengdu J-10.
Laporan itu turut mengaitkan lawatan Menteri Pertahanan Iran ke Qingdao, sebuah bandar pesisir di China beberapa hari lalu bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), sebagai sebahagian daripada rundingan berkaitan pembelian itu.
Kelemahan utama ketenteraan Iran ketika ini ialah kekuatan angkatan udaranya yang uzur, akibat sekatan antarabangsa yang ketat.
Banyak pesawat tenteranya, termasuk model F-14 masih digunakan sejak era pra-Revolusi Iran 1979 ketika Tehran mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ketenteraan dengan Rusia, Iran berusaha selama bertahun-tahun untuk mendapatkan jet pejuang moden Su-35, namun belum berjaya.
Sehubungan itu, doktrin pertahanan Iran lebih menumpukan kepada kumpulan bersenjata serantau serta pembangunan program peluru berpandu dan dron.
Sekatan antarabangsa juga menyebabkan Iran hampir terputus daripada sistem kewangan global.
Menurut laporan Entekhab, urus niaga pertahanan dengan China secara teorinya tetap boleh berlaku, namun tidak jelas sama ada Beijing bersedia untuk menjualnya kepada Iran.
Terdahulu, pada 13 Jun lalu, Israel melancarkan serangan ke atas Iran dan membedil beberapa sasaran di seluruh negara itu.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mendakwa tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ancaman daripada program nuklear Iran yang kontroversi.
Iran kemudiannya membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron, sebelum kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#jet pejuang China
#Chengdu J-10
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami