Iran rampas kapal disyaki seludup minyak, 16 kru warga Malaysia ditahan

Astro Awani
Disember 30, 2019 20:38 MYT
Laporan IRNA berhubung penangkapan 16 kru kapal warga Malaysia di perairan Iran.
Sebuah kapal dengan 16 kru warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Iran berhampiran pintu masuk ke Selat Hormuz setelah disyaki membawa bahan api seludup.
Badan Berita Republik Islam (IRNA) dalam laporannya menyebut kapal tangki itu yang membawa 1.3 juta liter bahan api (bersamaan 8,000 tong) dipintas pasukan maritim Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berhampiran pulau Abu Musa.
Menurut komander tentera laut Ali Azmaei, kapal tangki itu merupakan yang keenam ditahan membawa bahan api seludup.
#Ali Azmaei #bahan api seludup #IRGC #Pengawal Revolusi Iran #pihak berkuasa Iran #pulau Abu Musa #Selat Hormuz #seludup minyak #warga Malaysia