awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi

Bernama
Bernama
05/12/2022
07:42 MYT
Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi
Iran merancang menambah pengeluaran gas aslinya dari medan pengeluaran di Teluk Parsi, menurut seorang pegawai di Kementerian Petroleum. - Bernama
TEHRAN: Iran merancang menambah pengeluaran gas aslinya dari medan pengeluaran di Teluk Parsi, menurut seorang pegawai di Kementerian Petroleum.
Esmail Amiri yang mengetuai projek jabatan pembangunan Pars Oil and Gas Company, pada Ahad berkata, syarikat itu akan melabur berbilion dolar untuk membangunkan empat medan gas di Teluk Parsi pada tahun-tahun akan datang, menurut Agensi Berita Iran (IRNA) .
Amiri berkata medan pengeluaran yang dirancang dibangunkan ialah Kish, Farzad, Belal dan Fasa 11 dan Fasa 14 South Pars, medan gas terbesar di dunia yang melintasi sempadan maritim antara Iran dan Qatar.
Projek pembangunan itu akan meningkatkan pengeluaran gas Iran sehingga 56 juta meter padu sehari.
Iran mempunyai kapasiti pengeluaran gas nominal kira-kira 1,000 mcm sehari dengan lebih 700 mcm dikeluarkan dari South Pars.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Teluk Parsi
#gas asli
#Kementerian Petroleum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan