Skip to main content

Dunia

Iran rangka pelan drastik jamin pengeluaran domestik tidak terjejas ketika konflik

Mohammad Atabak
Mohammad Atabak (foto) berkata langkah segera itu penting bagi menjamin bekalan barangan keperluan domestik tidak terjejas. -Gambar fail/X Tehran Times

TEHRAN: Kerajaan Iran sedang merangka pelan pembinaan semula secara menyeluruh melibatkan kilang-kilang kritikal yang rosak akibat peperangan, bagi memastikan rantaian pengeluaran negara tidak terputus.

Menteri Industri Iran, Mohammad Atabak berkata langkah segera itu penting bagi menjamin bekalan barangan keperluan domestik tidak terjejas.

Advertisement

Beliau memaklumkan bahawa kilang-kilang yang menghasilkan produk utama dalam rantaian bekalan telah diletakkan sebagai keutamaan dalam senarai pembinaan semula.

“Kami sedang berusaha memulihkan fasiliti yang rosak dengan kadar segera agar impak terhadap ekonomi dapat dikurangkan,” katanya memetik laporan penyiar IRIB.

Menurut Atabak, fasiliti yang mengalami kerosakan total akan melalui penilaian pakar bagi menentukan bentuk pemulihan yang sesuai.

Beliau bagaimanapun optimis bahawa proses pengeluaran negara mampu diteruskan tanpa gangguan besar sepanjang tempoh pemulihan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha Tehran untuk mengekalkan daya tahan ekonomi di tengah-tengah konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Sebelum ini, beberapa zon perindustrian utama dilaporkan terkesan akibat serangan udara, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan barangan di rantau tersebut.

Must Watch Video