DUNIA
Iran sahkan guna peluru berpandu baharu Haj Qassem dalam serangan ke atas Israel
Peluru berpandu ini mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,200 kilometer, menggunakan bahan api pepejal, dan dilengkapi sistem navigasi canggih serta kepala peledak yang mampu menembusi sistem pertahanan moden. -Gambar fail/AP
TEHRAN: Iran mengesahkan penggunaan peluru berpandu balistik berpandu terbaharu, Haj Qassem, dalam siri serangan ke atas Israel pada hujung minggu lalu, menurut laporan agensi berita FARS yang berpangkalan di Tehran.
Ringkasan AI
Peluru berpandu itu, yang dinamakan sempena bekas komander Pasukan Quds, Jeneral Qassem Soleimani, dilaporkan mengenai beberapa sasaran di kawasan Tel Aviv dan Bat Yam, menyebabkan kemusnahan besar serta korban jiwa.
Menurut Kementerian Pertahanan Iran, peluru berpandu berkuasa tinggi itu menggunakan bahan api pepejal, mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,200 kilometer dan dilengkapi kepala peledak yang boleh bermanuver untuk menembusi sistem pertahanan seperti THAAD dan Patriot yang digunakan oleh Israel dan sekutunya.
Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Aziz Nasirzadeh, dalam wawancara televisyen pada 4 Mei lalu, menyatakan bahawa sistem navigasi canggih pada peluru berpandu itu membolehkannya menyerang sasaran dengan ketepatan tinggi serta mengatasi gangguan peperangan elektronik.
Serangan balas Iran itu berlaku selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kemudahan nuklear dan ketenteraan di Tehran pada Jumaat, yang turut mengorbankan beberapa pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Setakat ini, lebih 200 peluru berpandu dilaporkan dilancarkan oleh Iran dalam tiga gelombang serangan, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh kematian dan ratusan cedera di pihak Israel, termasuk di kawasan Ramat Gan, Rehovot dan Haifa.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Iran mengesahkan penggunaan peluru berpandu balistik berpandu terbaharu, Haj Qassem, dalam serangan ke atas Israel, yang menyebabkan kemusnahan besar dan korban jiwa di Tel Aviv dan Bat Yam.
- Peluru berpandu ini mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,200 kilometer, menggunakan bahan api pepejal, dan dilengkapi sistem navigasi canggih serta kepala peledak yang mampu menembusi sistem pertahanan moden.
- Serangan balas Iran berlaku selepas Israel menyerang kemudahan nuklear dan ketenteraan di Tehran, dengan lebih 200 peluru berpandu dilancarkan dalam tiga gelombang, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh kematian dan ratusan cedera di Israel.