Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Duta Iran ke Malaysia Marzieh Afkham berkata acara berkenaan yang turut dirancang untuk diadakan di bandar-bandar lain, akan memperkenalkan artis Malaysia dan pencinta budaya agar rakyat Iran dapat mengenali kebudayaan Malaysia.
"Adalah mungkin untuk rakyat Iran terus mengenali kebudayaan negara Malaysia serta pencapaian saintifik, pendidikan dan ekonominya," katanya pada perasmian Hari Kebudayaan Iran di sini hari ini.
Acara itu diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bermula hari ini hingga Khamis. Turut hadir Ketua Pengarah PNM Nafisah Ahmad.
Mengenai sambutan hari kebudayaan itu, Marzieh berkata pameran dan program lain pada acara berkenaan merupakan usaha untuk rakyat Malaysia dan negara lain mengenali budaya, seni dan tamadun Iran.
Sementara itu, Nafisah berkata sehingga kini, terdapat 596 item mengenai subjek berkaitan Iran terdapat dalam koleksi PNM.
"Koleksi Iran itu terdapat dalam pelbagai format termasuk 414 buku, 136 prosiding dan indeks, 23 artikel jurnal, lapan rakaman video, enam peta, enam terbitan bersiri serta masing-masing satu muzik, fail komputer dan rakaman bunyi," katanya.
Beliau berharap lebih banyak buku dan barangan berkaitan dengan Iran akan ditambah ke dalam koleksi perpustakaan itu menerusi pemberian hadiah dan program pertukaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai usaha meningkatkan hubungan dua hala. - Gambar fail
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
Iran sedia anjur program promosi budaya Malaysia di Tehran - Duta
Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Iran lantik duta besar wanita pertama, bakal bertugas di Malaysia
Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mengumumkan bahawa Marzieh Afkham bakal mengetuai kedutaan mereka di Kuala Lumpur.