DUNIA
Iran sedia berperang jika diancam Amerika Syarikat - Naib Presiden
Aref menegaskan, Iran tidak akan memulakan sebarang peperangan, namun akan mempertahankan diri “dengan sepenuh kekuatan” jika diserang.
TEHRAN: Iran kini menganggap dirinya berada dalam keadaan “kesiapsiagaan perang”, susulan ketegangan yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat (AS), menurut Naib Presidennya, Mohammad Reza Aref.
Berucap pada pertemuan bersama pegawai kerajaan di Tehran, Aref menegaskan, Iran tidak akan memulakan sebarang peperangan, namun akan mempertahankan diri “dengan sepenuh kekuatan” jika diserang.
Beliau turut memberi amaran bahawa penamat kepada mana-mana konflik “bukan ditentukan musuh”, yang dilihat sebagai merujuk kepada Amerika Syarikat dan Israel.
Aref berkata, perkembangan semasa di rantau itu menuntut Iran untuk sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan.
“Strategi kita jelas - kita tidak akan memulakan perang. Namun jika perang dipaksakan ke atas kita, kita akan mempertahankan diri. Dan pengakhiran perang itu bukan lagi ditentukan musuh,” kata beliau.
Aref menambah, Iran juga percaya kepada dialog dan pendekatan berasaskan logik, tetapi menegaskan bahawa sekiranya konflik tercetus, pihak lawan tidak akan mampu mengawal kesudahannya. - Agensi