DUNIA
Iran sedia berunding dengan IAEA mengenai kemudahan nuklear
Iran menegaskan bahawa aktiviti nuklearnya adalah untuk tujuan awam seperti penjanaan tenaga dan penyelidikan perubatan. - Gambar fail/AP
TEHRAN: Tehran bersedia untuk bekerjasama dengan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pemeriksaan yang selamat dan telus, termasuk di kemudahan yang rosak akibat serangan baru-baru ini, selaras dengan garis panduan baharu yang akan dipersetujui bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Timbalan Menteri Luar Iran Majid Takht-e Ravanchi memberitahu Kyodo News bahawa program nuklear Iran "akan kekal bersifat aman."
Menurut beliau, Iran menegaskan bahawa aktiviti nuklearnya adalah untuk tujuan awam seperti penjanaan tenaga dan penyelidikan perubatan.
Tehran bersedia menerima had tertentu terhadap program nuklearnya sebagai pertukaran bagi penghapusan sekatan ekonomi, namun penamatan sepenuhnya pengayaan uranium adalah tidak boleh dirunding, katanya.
"Iran boleh bersikap fleksibel mengenai kapasiti dan had pengayaan, tetapi tidak boleh bersetuju untuk menghentikan pengayaan dalam apa jua keadaan kerana ia adalah penting, dan kami perlu bergantung kepada diri sendiri, bukan pada janji kosong," kata Ravanchi.
Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kebuntuan berpanjangan dalam rundingan nuklear Amerika Syarikat (AS)-Iran.
Presiden AS Donald Trump menarik Washington keluar daripada perjanjian nuklear 2015 pada 2018 semasa penggal pertamanya, di mana di bawah perjanjian itu Tehran bersetuju mengekang aktiviti nuklear sebagai pertukaran untuk pengurangan sekatan.
Trump berulang kali berikrar untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.
Pegawai Iran berkata usaha untuk menghidupkan semula rundingan terjejas pada pertengahan Jun apabila Israel melancarkan serangan udara di Iran, membunuh seorang saintis nuklear dan beberapa komander kanan tentera.
Pada 22 Jun, pesawat pengebom B-2 Tentera Udara AS menyerang tiga kemudahan nuklear Iran di bawah pemantauan IAEA.
-- BERNAMA