Skip to main content

Dunia

Iran tekad bela nasib mangsa Qeshm, beri amaran kepada AS

A plume of smoke rises after reported strikes, from Qeshm, Iran, July 30, 2026, in this screengrab obtained from a social media video. Social Media/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. OVERLAY FROM SOURCE. NEWS USE ONLY. Verificarion lines : Reuters confirmed the location from road layout, buildings and vegetation which matched archive and satellite images. Corroborating video showed smoke of similar shape rising from the island. Date confirmed by official and
Kepulan asap kelihatan naik ke udara susulan serangan yang dilaporkan berlaku di Pulau Qeshm, Iran, berdasarkan rakaman video yang diperoleh daripada media sosial. - Foto REUTERS
Advertisement

TEHRAN: Iran memberi amaran akan mengambil tindakan balas terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas serangan di Pulau Qeshm yang didakwa mengorbankan beberapa orang awam, termasuk seorang kanak-kanak.

Menurut laporan media Iran dan pegawai tempatan, serangan yang dilancarkan oleh tentera AS menyasarkan beberapa lokasi di Pulau Qeshm, yang terletak berhampiran Selat Hormuz, salah satu laluan perkapalan minyak terpenting dunia.

Pihak berkuasa Iran mendakwa sebuah rumah awam turut terkena serangan, mengakibatkan kematian sepasang suami isteri dan anak mereka yang masih kecil.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengecam tindakan itu dan berikrar akan memberi tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai serangan ke atas orang awam.

Kenyataan tersebut dibuat selepas AS mengumumkan operasi ketenteraan yang menyasarkan puluhan kemudahan milik IRGC, termasuk pusat arahan, fasiliti dron dan aset pertahanan pantai.

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata operasi berkenaan dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan tentera AS di Jordan.

Washington menyatakan sasaran serangan itu adalah kemudahan ketenteraan yang didakwa mengancam keselamatan anggota AS, negara Teluk dan laluan perdagangan maritim.

Ketegangan meningkat apabila IRGC mendakwa telah melancarkan serangan balas terhadap beberapa kepentingan AS di rantau itu, termasuk pangkalan tentera di Kuwait, Jordan dan Bahrain.

Iran turut memberi amaran bahawa mana-mana negara yang membantu operasi ketenteraan AS berisiko menjadi sasaran tindakan balas.

Pulau Qeshm mempunyai kedudukan strategik kerana terletak berhampiran Selat Hormuz, laluan yang menjadi tumpuan perdagangan tenaga global.

Sebarang peningkatan konflik di kawasan itu berpotensi menjejaskan keselamatan perkapalan dan bekalan minyak dunia.

Pemerhati antarabangsa kini bimbang pertukaran serangan antara Tehran dan Washington boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih besar, ketika usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan masih belum menunjukkan sebarang kemajuan ketara.

 

Must Watch Video

Advertisement