DUNIA
Iran teruskan kerjasama dengan IAEA dalam kerangka keselamatan negara
Araghchi berkata kerjasama masa depan dengan agensi berkenaan "pasti tidak akan sama seperti sebelum ini," dengan merujuk kepada keengganan IAEA mengutuk pencerobohan Israel-AS. - Gambar/ AP
TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata Tehran akan meneruskan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) selaras dengan undang-undang parlimen dan keputusan keselamatan negara.
Ringkasan AI
Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) sambil menyifatkan lawatan Timbalan Ketua Pengarah IAEA, Massimo Aparo ke Tehran baru-baru ini sebagai positif kerana memberi peluang kepada Iran mendokumentasikan pendirian susulan pengeboman ke atas kemudahan nuklearnya.
"Kami tidak boleh memutuskan kerjasama sepenuhnya dengan agensi itu, namun kembalinya para pemeriksa adalah bergantung kepada undang-undang parlimen dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi," kata Araghchi kepada IRNA.
Beliau juga berkata bahawa kerjasama masa depan dengan agensi berkenaan "pasti tidak akan sama seperti sebelum ini," dengan merujuk kepada keengganan IAEA mengutuk pencerobohan Israel-AS.
Menyentuh aspek diplomasi serantau, Araghchi menekankan bahawa usaha Iran menjalin hubungan dengan negara jiran dan sahabat telah membantu mencegah ketegangan daripada meningkat sebelum tercetusnya konflik terbaru.
Beliau menegaskan bahawa meskipun saluran diplomatik terbukti berkesan, kesiapsiagaan Iran untuk bertindak balas dengan tegas juga menjadi faktor penentu.
"Sebelum perang 12 hari itu, kita hampir berdepan konflik sekurang-kurangnya tiga kali.
"Dalam setiap keadaan, diplomasi digerakkan dan memainkan peranan penting.
"Diplomasi berkesan, tetapi kemampuan Iran untuk bertindak balas dengan tegas akhirnya yang mencegah musuh daripada meneruskan perang," kata Araghchi kepada IRNA.
Menteri Luar itu menegaskan bahawa kepentingan nasional kekal sebagai keutamaan utama kerajaan, sama ada dalam perang mahupun rundingan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Iran akan meneruskan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berdasarkan undang-undang parlimen dan keputusan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, dengan lawatan terbaru pegawai IAEA ke Tehran disifatkan sebagai positif.
- Menteri Luar Iran menegaskan kerjasama masa depan dengan IAEA tidak akan sama seperti sebelumnya, sambil mengkritik keengganan agensi itu mengutuk pencerobohan Israel-AS terhadap kemudahan nuklear Iran.
- Iran menekankan kepentingan diplomasi serantau dalam mencegah konflik, namun tetap bersedia bertindak balas dengan tegas demi mempertahankan kepentingan nasional dalam sebarang rundingan atau situasi perang.