DUNIA
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Abbas Araghchi menekankan bahawa masih terdapat perjalanan jauh dalam membina keyakinan antara kedua-dua pihak. - Reuters
TEHRAN: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menegaskan bahawa Tehran tidak akan berunding mengenai program misilnya, dan menyifatkan ia sebagai isu pertahanan semata-mata, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera, Araghchi berkata rundingan terbaharu Iran dengan Washington menandakan "titik permulaan yang baik", namun menekankan bahawa masih terdapat perjalanan jauh dalam membina keyakinan antara kedua-dua pihak.
Beliau menjelaskan bahawa rundingan yang diadakan sehari sebelumnya adalah secara tidak langsung dan terhad secara eksklusif kepada isu nuklear.
"Isu larangan pengayaan (uranium) tidak boleh dirundingkan dari sudut pandangan Iran," kata Menteri Luar itu sambil menambah bahawa pengayaan uranium adalah hak Iran dan mesti diteruskan.
"Mereka tidak akan mampu menghapuskan keupayaan Iran dalam bidang ini walaupun melalui pengeboman," katanya.
Pada masa yang sama, Araghchi berkata Iran bersedia untuk mencapai persetujuan yang boleh dipercayai berhubung isu pengayaan itu.
Menyentuh mengenai program misil Iran, Araghchi mengulangi: "Sama ada sekarang atau pada masa hadapan, rundingan tidak boleh diadakan mengenai misil kerana ini adalah isu pertahanan."
Beliau juga menegaskan bahawa fail nuklear Iran hanya boleh diselesaikan melalui rundingan.
Mengenai tindak balas Iran terhadap sebarang kemungkinan serangan Amerika Syarikat (AS), beliau berkata: "Jika Iran diserang, kami akan menyasarkan pangkalan AS di rantau ini."
Beliau menjelaskan bahawa Iran tidak akan menyerang negara jiran, dan membuat perbezaan "antara menyerang pangkalan tentera dengan menyerang negara jiran".
Araghchi turut menyatakan bahawa kemungkinan peperangan sentiasa wujud dan Iran sudah bersedia untuk menghadapi senario sedemikian.
Pusingan baharu rundingan nuklear tidak langsung antara Iran dan AS bermula pada pagi Jumaat di Muscat dengan pengantaraan Oman dan berakhir beberapa jam kemudian.
Semasa rundingan itu, pasukan perunding Iran dan AS menyampaikan set pandangan, pertimbangan, dan pendekatan antara satu sama lain melalui Menteri Luar Oman.
-- BERNAMA