DUNIA
Iran umum pegawai IAEA akan lawat Tehran untuk rundingan, tiada pemeriksaan dirancang
Araghchi berkata selagi belum ada kerangka baharu, tiada kerjasama akan dijalankan. - Foto fail/REUTERS
TEHRAN: Seorang pegawai kanan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijadualkan melawat Iran pada Isnin untuk mengadakan rundingan berhubung kerjasama nuklear, namun tiada pemeriksaan ke atas fasiliti nuklear negara itu akan dijalankan, menurut kenyataan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.
Ringkasan AI
Lawatan ini merupakan yang pertama sejak konflik bersenjata selama 12 hari antara Iran dan Israel pada Jun lalu, yang menyaksikan beberapa tapak nuklear utama Iran diserang.
Iran menuduh IAEA “membuka jalan” kepada serangan tersebut melalui laporan keras yang dikeluarkan pada 31 Mei, yang membawa kepada keputusan lembaga IAEA bahawa Iran melanggar komitmen Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT).
Iran sebelum ini menggantung kerjasama dengan IAEA selepas Presiden Masoud Pezeshkian menandatangani undang-undang yang memerlukan sebarang pemeriksaan masa depan mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.
"Selagi belum ada kerangka baharu, tiada kerjasama akan dijalankan," kata Araghchi di Telegram.
Pegawai yang akan melawat Tehran ialah Timbalan Ketua Pengarah IAEA, mewakili Rafael Grossi.
Rundingan dijangka tertumpu kepada penetapan semula kerangka kerjasama teknikal antara kedua-dua pihak.
IAEA dan agensi risikan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menilai bahawa Iran tidak mempunyai program senjata nuklear yang tersusun sejak 2003.
Namun, Iran telah memperkaya uranium sehingga 60 peratus, hanya beberapa langkah teknikal daripada tahap senjata nuklear sebanyak 90 peratus.
Iran menegaskan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan aman dan kekal komited kepada NPT, walaupun pemerhati antarabangsa semakin bimbang terhadap ketelusan dan akses kepada tapak nuklear selepas serangan udara oleh AS dan Israel.
Ringkasan AI
- Pegawai kanan IAEA akan melawat Iran untuk rundingan nuklear, namun tiada pemeriksaan fasiliti dijalankan kerana kerjasama rasmi masih digantung oleh kerajaan Iran.
- Lawatan ini berlaku selepas konflik bersenjata Iran-Israel, dengan Iran menuduh IAEA menyumbang kepada serangan melalui laporan yang mendakwa pelanggaran Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT).
- Iran memperkaya uranium sehingga 60% tetapi menegaskan program nuklearnya adalah aman, sementara pemerhati antarabangsa terus bimbang terhadap ketelusan dan akses ke tapak nuklear.