awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran umum sekatan terhadap 61 lagi warga AS

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2022
01:30 MYT
Iran umum sekatan terhadap 61 lagi warga AS
Sekatan terbaharu Iran itu termasuk terhadap bekas Setiausaha Negara, Mike Pompeo kerana didakwa menyokong kumpulan penentang Iran, Mujahideen-e-Khalq (MEK). -Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Iran pada Ahad mengumumkan pelaksanaan sekatan terhadap 61 lagi warga Amerika Syarikat (AS).
Sekatan terbaharu itu termasuk terhadap bekas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo kerana didakwa menyokong kumpulan penentang Iran, Mujahideen-e-Khalq (MEK).
Turut disenaraihitamkan oleh Kementerian Luar Iran ialah peguam bekas Presiden Donald Trump, Rudy Giuliani dan bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House, John Bolton.
Media Iran melaporkan, sekatan terbaharu itu membolehkan pihak berkuasa Iran merampas sebarang aset dimiliki individu terbabit di republik berkenaan.
Sebelum ini, Giuliani, Pompeo dan Bolton pernah dilaporkan menghadiri Majlis MEK serta menyuarakan sokongan kepada kumpulan tersebut.
Januari lalu, Iran mengenakan sekatan terhadap 51 warga AS, disusuli 24 lagi rakyat negara itu pada April.
Rundingan tidak langsung antara Iran dengan AS untuk menghidupkan semula Pakatan Nuklear 2015 menemui jalan buntu selepas diusahakan berbulan-bulan lamanya.
Topic Berkaitan
#Iran
#Donald Trump
#White House
#Mujahideen-e-Khalq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan