KUALA LUMPUR: Iran mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama 40 hari susulan kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, menurut pengumuman media kerajaan pada Ahad.
Media rasmi melaporkan tempoh berkabung itu akan disertai dengan upacara penghormatan di seluruh negara, termasuk majlis doa, perhimpunan awam dan penghormatan rasmi oleh pemimpin politik serta ketenteraan.
Advertisement
Sepanjang tempoh tersebut, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di bangunan kerajaan, manakala program rasmi dan acara tertentu dijangka ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin tertinggi berkenaan.
Pengumuman itu dibuat selepas media kerajaan Iran mengesahkan Khamenei terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan politik dalaman negara itu.
Khamenei memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam sistem pemerintahan Iran, dengan pengaruh langsung terhadap dasar politik, keselamatan dan ketenteraan negara tersebut.