Skip to main content

Dunia

Iraq lanjutkan penutupan ruang udara selama 72 jam

71635998093_flight.jpg
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan lanjutan penutupan ruang udara negara itu selama 72 jam lagi pada Rabu berikutan ketegangan yang berterusan di rantau itu. - Gambar hiasan

BAGHDAD: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan lanjutan penutupan ruang udara negara itu selama 72 jam lagi pada Rabu berikutan ketegangan yang berterusan di rantau itu, lapor Agensi Berita Qatar.

Dalam satu kenyataan media, pihak berkuasa itu memaklumkan yang penutupan ruang udara melibatkan semua penerbangan masuk, keluar dan transit, bermula dari tengah hari sehingga tengah hari Sabtu ini.

Advertisement

Keputusan itu disifatkan sebagai langkah berjaga-jaga sementara.

Menurut pihak berkuasa, keputusan dibuat berdasarkan penilaian berterusan terhadap situasi keselamatan dan perkembangan serantau, serta akan dikaji dari semasa ke semasa mengikut keadaan semasa.

Syarikat penerbangan dan pihak berkaitan akan dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan lanjut.

-- BERNAMA-QNA

 

 

 

 

Must Watch Video