[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Iraq minta AS halang pesawat Israel guna ruang udaranya untuk serang Iran

Bernama 15/06/2025 | 07:30 MYT
Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu. - Foto Reuters
ISTANBUL: Iraq pada Sabtu meminta Amerika Syarikat (AS) menghalang pesawat Israel daripada menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.


Ringkasan AI
  • Iraq gesa AS bertindak: Kerajaan Iraq meminta Amerika Syarikat menghalang pesawat Israel daripada menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Iran, berdasarkan Perjanjian Kerangka Strategik antara kedua-dua negara.
  • Isu kedaulatan udara: Iraq menekankan pentingnya menghormati kedaulatan dan keselamatan ruang udaranya, serta tanggungjawab AS sebagai ketua pakatan menentang Daish.
  • Serangan Israel ke atas Iran: Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu serta mengorbankan pegawai kanan tentera dan saintis Iran.


"Baghdad telah meminta Amerika Syarikat memainkan peranannya untuk menghalang pesawat Israel daripada melanggar ruang udara Iraq, selaras dengan Perjanjian Kerangka Strategik," lapor Agensi Berita Iraq memetik sumber kerajaan.

Sumber itu menekankan pentingnya menghormati kedaulatan Iraq dan keutuhan ruang udaranya, sambil menambah bahawa "AS, selaku negara yang mengetuai pakatan antarabangsa menentang Daish, bertanggungjawab memastikan tiada pelanggaran yang boleh menjejaskan kedaulatan Iraq atau membahayakan keselamatannya."

Israel melancarkan beberapa siri serangan terhadap wilayah Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu, serta mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintisnya.

-- BERNAMA





#Israel serang Iran #ruang udara #Amerika Syarikat #pesawat Israel