awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram

Bernama
Bernama
13/08/2023
11:16 MYT
Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram
Pada 6 Ogos, Kementerian Komunikasi menyekat akses kepada Telegram "atas permintaan pihak berkuasa peringkat tinggi negara itu bagi mencegah kebocoran dokumen peribadi milik negara dan melindungi data peribadi warganegara." - Gambar/ Reuters
BAGHDAD: Akses kepada Telegram yang disekat oleh kerajaan Iraq pada 6 Ogos, dibuka semula mulai 13 Ogos, menurut Kementerian Komunikasi pada Sabtu.
Larangan itu ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Mohammad Shiya al-Sudani, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan kementerian itu.
"Larangan itu ditarik balik selepas syarikat pemilik aplikasi itu bersetuju ke atas permintaan pihak berkuasa keselamatan untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan data rakyat," menurut kenyataan itu.
Iraq tidak menentang kebebasan bersuara, tetapi syarikat aplikasi media sosial mempunyai komitmen untuk menghormati undang-undang dan keselamatan negara dalam perlindungan data pengguna,
Pada 6 Ogos, Kementerian Komunikasi menyekat akses kepada Telegram "atas permintaan pihak berkuasa peringkat tinggi negara itu bagi mencegah kebocoran dokumen peribadi milik negara dan melindungi data peribadi warganegara."
Militia Syiah yang disokong Iran yang aktif menggunakan platform media sosial di Iraq, mendakwa sekatan itu dibuat atas arahan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iraq
#Telegram
#larangan
#tarik balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan