DUNIA
Ireland perbaharui desakan gantung perjanjian EU-Israel ekoran tindakan genosid
Israel kini berdepan kecaman global terhadap perang genosidnya di Gaza yang telah meragut hampir 61,500 nyawa sejak Oktober 2023. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Menteri Luar Ireland pada Isnin menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan dan tindakan genosid di Gaza, sambil mengulangi desakan Ireland agar Perjanjian Perkongsian EU-Israel digantung, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Tanaiste Ireland, Simon Harris menuntut usaha segera bagi memastikan gencatan senjata, meningkatkan bantuan kemanusiaan dan pembebasan tawanan di Gaza, namun menegaskan Israel sebaliknya "bergerak ke arah yang bertentangan."
"Jika Israel meneruskan rancangan untuk menduduki Bandar Gaza, ia akan membawa lebih banyak pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kebuluran, serta menjauhkan lagi sebarang harapan untuk keamanan.
"Rancangan terbaharu ini mesti dihentikan," katanya.
Pada Jumaat, Kabinet Israel meluluskan rancangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menduduki Bandar Gaza, yang mencetuskan bantahan keras masyarakat antarabangsa termasuk kerajaan dan badan hak asasi manusia.
Kenyataan Harris dibuat susulan sidang video tidak rasmi menteri-menteri hal ehwal luar EU bagi membincangkan perkembangan terkini menjelang pertemuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di negeri Alaska, AS pada Jumaat ini.
Serangan Israel dan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza turut menjadi agenda perbincangan dalam mesyuarat tidak rasmi pada Isnin itu.
Harris berkata Suruhanjaya Eropah perlu mengemukakan tindakan konkrit yang boleh diambil Eropah bagi meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mengubah haluan.
"Jelas sekali Israel melanggar Artikel 2 Perjanjian Perkongsian, dan adalah penting pada mesyuarat Menteri-Menteri Luar seterusnya, tindakan konkrit diambil dan satu senarai pilihan dibentangkan.
"Ireland berpendirian tegas bahawa Perjanjian Perkongsian itu perlu digantung sehingga semua keganasan dihentikan. Kita mesti mengambil tindakan konkrit, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan kecaman," katanya.
Israel kini berdepan kecaman global terhadap perang genosidnya di Gaza yang telah meragut hampir 61,500 nyawa sejak Oktober 2023.
Operasi ketenteraan itu memusnahkan wilayah terbabit yang kini berdepan kematian akibat kebuluran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini