DUNIA
IRGC beri amaran, negara jiran dianggap ‘musuh’ jika wilayah digunakan untuk serang Iran
Anggota Pengawal Revolusi Iran berarak semasa perarakan dalam sebuah acara memperingati Perang Iran-Iraq. - Gambar fail Reuters
TEHRAN: Seorang komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran bahawa Iran akan menganggap mana-mana negara jiran sebagai “negara musuh” sekiranya wilayah mereka digunakan untuk melancarkan serangan terhadap negara itu.
Timbalan Politik Angkatan Laut IRGC, Mohammad Akbarzadeh yang dipetik agensi berita Fars berkata, Iran menghormati hubungan dengan negara-negara jiran, namun tidak akan berkompromi jika keselamatan mereka digugat.
“Negara jiran adalah sahabat kami, namun jika tanah, ruang udara atau perairan mereka digunakan untuk melakukan serangan terhadap Iran, kami akan menganggap mereka sebagai pihak yang bermusuhan,” katanya seperti dilaporkan Fars. - Agensi