KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Liz Truss yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu pada Selasa.
Dalam perkongsian ringkasnya menerusi ciapan di Twitter, beliau melihat peluang untuk terus bekerja rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"Tahniah @trussliz (akaun rasmi Liz Truss di Twitter) atas pelantikan sebagai Perdana Menteri UK!
"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mempertingkatkan lagi hubungan dua hala demi manfaat bersama kedua-dua rakyat dan negara kita," katanya.
Pada Isnin, Truss yang berusia 47 tahun meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak (60,339).
Sekali gus menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.
Kemenangan Truss itu sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri wanita ketiga buat negara itu selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.
Truss bersama bekas Perdana Menteri UK ke-14, Boris Johnson dilaporkan telah tiba di Istana Balmoral, Scotland untuk istiadat penyerahan kuasa serta angkat sumpah di hadapan Ratu Elizabeth II pada Selasa.
Nickyson Nyambar
Tue Sep 06 2022

Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat. - Gambar/ Twitter Ismail Sabri

Small Town Heroes ulangi kejayaan di China
Filem Small Town Heroes mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi trofi pada Festival Filem Asia Pasifik ke-60.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pupuk budaya hidup sihat
Program bertemakan Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss
Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.

RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti dapat sokongan MP Kerajaan
RUU itu telah melalui proses perbahasan dan perbincangan yang mendalam daripada ahli Dewan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas.

Lawatan PM ke Turki buka ruang lebih banyak pelaburan, kerjasama isu umat Islam
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki minggu depan pasti akan membuka lebih banyak ruang kerjasama.

Dermasiswa B40 mampu tarik minat ibu bapa galakkan anak memilih TVET
Penggiat TVET tidak boleh bersikap 'rendah diri' selepas ini dan sudah tiba masanya mereka perlu menjadi ejen perubahan kepada masyarakat.

HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

PM wakili Keluarga Malaysia ucap takziah atas pemergian Ali Hamsa
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Penamaan Ismail Sabri sebagai calon cerminan solidariti UMNO - Bung Moktar
Katanya, solidariti ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO lebih mengutamakan kepentingan negara dari dari kepentingan peribadi.

Ekspo Dubai 2020: Nilai perdagangan, pelaburan Malaysia cecah RM70 bilion - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, nilai tersebut diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, serta padanan perniagaan.