Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC) menolak dakwaan bahawa pelajar-pelajar Thailand di beberapa negara Islam cenderung menyokong pemisahan wilayah di selatan negara ini.
Jurucakapnya Kol Peerawat Saengthong berkata laporan perisikan tidak menunjukkan adanya kecenderungan sedemikian, seperti yang didakwa setiausaha agung Majlis Keselamatan Negara (NSC) Jen Thawip Netniyom baru-baru ini.
"Ia hanyalah suatu pemikiran (tentang pemisahan) oleh sesetengah orang, tapi berdasarkan pemantauan dan risikan agensi keselamatan dan ISOC sendiri, kami dapati tiadanya kecenderungan seperti itu dalam kalangan pelajar Islam di luar negara," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kerajaan memberi peluang kepada semua rakyatnya untuk memburu kecemerlangan dalam pelajaran tetapi memberi amaran bahawa sesiapa yang didapati mengancam keselamatan Thailand akan dikenakan tindakan undang-undang.
Thawip membuat dakwaan itu pada mesyuarat NSC yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwon, yang juga bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri Thailand.
Mesyuarat itu turut dihadiri para pegawai tertinggi angkatan tentera Thailand.
Thawip mendakwa lebih 100 pelajar Islam Thailand yang menuntut di beberapa negara Asia Barat, Pakistan dan Indonesia, menyokong usaha pemisahan wilayah di selatan Thailand yang mempunyai majoriti penduduk Islam.
Sementara itu, Thawip berkata tiada maklumat yang pelajar Islam Thailand di Syria, yang kini dilanda peperangan, menyertai kumpulan pengganas Daish.
Lebih 5,000 pelajar Islam Thailand kini melanjutkan pengajian di beberapa negara Asia Barat dan beberapa negara lain dengan mengunakan perbelanjaan sendiri atau mendapat biasiswa daripada negara tuan rumah.
ISOC adalah unit di bawah tentera Thailand yang bertanggungjab bagi keselamatan dalam negeri.
Bernama
Sat Jun 18 2016
ISOC berkata, tiada pelajar Thailand di beberapa negara Islam yang cenderung menyokong pemisahan wilayah di selatan negara itu. - Gambar fail
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Taylor’s College: Rai pencapaian status platinum ACCA
Taylor’s College memperkukuh posisinya selaku institusi pendidikan yang diyakini di Malaysia dan di pentas global dengan pencapaian berprestij ‘ACCA Platinum Approved Learning Partner’.
Pengiktirafan tertinggi daripada ACCA (Association Of Chartered Certified Accountants) Global ini menjadi satu tanda kecemerlangan serta dorongan untuk Taylor’s terus komited menjadi peneraju dalam menyediakan pendidikan perakaunan bertaraf dunia.
Pengiktirafan tertinggi daripada ACCA (Association Of Chartered Certified Accountants) Global ini menjadi satu tanda kecemerlangan serta dorongan untuk Taylor’s terus komited menjadi peneraju dalam menyediakan pendidikan perakaunan bertaraf dunia.
Karnival M6 jalinkan dunia e-sukan dan hiburan
Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan dunia Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) M6 yang menghimpunkan gamers dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara bagi edisi keenam.
Bagi meraikan temasya gilang-gemilang e-sukan itu, M6 dengan kerjasama Astro menganjurkan karnival M6 yang membawakan hiburan dan pelbagai aktiviti menarik, berlangsung di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.
Bagi meraikan temasya gilang-gemilang e-sukan itu, M6 dengan kerjasama Astro menganjurkan karnival M6 yang membawakan hiburan dan pelbagai aktiviti menarik, berlangsung di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Dialog Anak Muda: Media Sosial | Bebas Bersuara vs 'Jelik Melampau'?
Perbahasan mengenai adakah perlu had umur pengguna media sosial dinaikkan, takrifan ‘jelik melampau’ dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dan impak kebebasan bersuara susulan regulasi lebih tegas di platform media sosial. Dialog Anak Muda bersama hos Irfan Faruqi 8.30 malam ini
Statistik Orang Kurang Upaya (OKU) 2023
Ini statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Orang Kurang Upaya tahun 2023.
Bilangan kumulatif OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2023 seramai 736.6 ribu.
Bilangan kumulatif OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2023 seramai 736.6 ribu.
ISOC tolak dakwaan pelajar Islam Thailand cenderung sokong pemisahan wilayah
Jurucakap ISOC berkata laporan perisikan tidak menunjukkan adanya kecenderungan sedemikian, seperti yang didakwa setiausaha agung NSC, Thawip Netni.