awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel akan benarkan jumlah jemaah yang sama memasuki al-Aqsa pada minggu pertama Ramadan

Bernama
Bernama
06/03/2024
08:41 MYT
Israel akan benarkan jumlah jemaah yang sama memasuki al-Aqsa pada minggu pertama Ramadan
Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu. -Gambar fail/AP
BAITULMUQADIS: Israel tidak akan mengenakan had baharu ke atas bilangan jemaah yang dibenar memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis Timur pada minggu pertama bulan suci Ramadan, menurut pejabat perdana menteri pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.
"Ramadan merupakan bulan suci bagi umat Islam; kesuciannya akan dipertahankan tahun ini, seperti setiap tahun," menurut pejabat itu.
Akses kepada jemaah ke masjid akan dibenarkan sepanjang minggu pertama Ramadan, yang dijangka bermula pada 11 Mac, menurut pejabat itu yang menambah bahawa bilangan jemaah adalah "sama seperti tahun-tahun sebelumnya," tanpa menyatakan angka yang tepat.
"Penilaian akan keselamatan akan dibuat setiap minggu dan keputusan sewajarnya akan dibuat," katanya.
Pekarangan Masjid Al-Aqsa, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.
Tapak itu yang terletak di Baitulmuqadis Timur, yang ditawan Israel dalam perang Asia Barat pada 1967, diurus oleh Wakaf Jordan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Masjid Al-Aqsa
#Israel
#bilangan jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan