awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel ancam bom sebuah lagi hospital di Gaza - Bulan Sabit Merah Palestin

Agensi
Agensi
20/10/2023
22:15 MYT
Israel ancam bom sebuah lagi hospital di Gaza - Bulan Sabit Merah Palestin
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), tentera Israel mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza. - Gambar Facebook PRCS
GAZA: Selepas Hospital Al-Ahli dibom beberapa hari lalu sehingga mengorbankan 500 rakyat Palestin, rejim zionis Israel mengancam untuk mengebom sebuah lagi pusat perubatan.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), tentera Israel mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.
PRCS berkata, hospital itu merupakan tempat perlindungan ribuan wanita dan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan bertubi oleh rejim zionis.
Dalam hantaran di laman X, PRCS berkata, pada ketika ini terdapat sekitar 12,000 individu berlindung di hospital berkenaan termasuk 70 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang berada dalam keadaan ketakutan.
Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera, wakil PRCS, Nebal Farsakh berkata, agak mustahil untuk mereka mengosongkan hospital itu dalam tempoh yang singkat.
“Mustahil untuk kami mengosongkan hospital ini dengan cepat, terutama hospital ini mempunyai 500 pesakit yang sedang mendapatkan rawatan,” ujarnya.
Urgent Appeal PRCS faces an imminent threat. The IOF demands the evacuation of Al-Quds Hospital, a sanctuary for over 400 patients and around 12,000 displaced civilians. We call the international community to act urgently, averting another catastrophe like Al-Ahli Hospital
— PRCS (@PalestineRCS) October 20, 2023
PRCS juga mempersoalkan adakah terdapat kuasa dunia lain yang mampu menghentikan ancaman israel untuk membunuh nyawa orang awam di fasiliti kesihatan.
Dalam pada itu, PRCS menuntut kuasa besar dunia dan masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menghalang misi pengeboman Israel ke atas hospital berkenaan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Israel ancam bom hospital
#Hospital Al-Quds
#Bulan Sabit Merah Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan