awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel bakar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza

Bernama
Bernama
27/12/2024
15:58 MYT
Israel bakar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza
Kebakaran itu memusnahkan jabatan utama, termasuk bilik bedah, makmal, unit kecemasan dan perkhidmatan ambulans. - Gambar Reuters
GAZA: Pasukan Israel membakar Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Gaza, hospital terbesar di kawasan itu yang memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penduduk, pada Jumaat.
Wartawan Agensi Berita Palestin (WAFA) mengesahkan bahawa tentera Israel secara paksa memindahkan pesakit, orang yang cedera, kakitangan perubatan dan wartawan dari hospital itu, sambil melancarkan serangan peluru berpandu dan menembak dengan peluru hidup ke arah fasiliti itu.
Hospital itu merupakan satu-satunya kemudahan perubatan yang beroperasi di utara Gaza dan menyediakan perkhidmatan perubatan kritikal kepada komuniti sebelum ia dibakar.
Kebakaran itu memusnahkan jabatan utama, termasuk bilik bedah, makmal, unit kecemasan dan perkhidmatan ambulans.
Komunikasi dengan individu yang berada di dalam hospital terputus sepenuhnya selepas pasukan Israel mengepung bangunan itu.
Laporan menunjukkan bahawa tentera Israel mengarahkan kira-kira 350 orang di dalam hospital, termasuk 170 kakitangan perubatan, berkumpul di halaman hospital sebagai persediaan untuk serangan tentera.
Pasukan Israel memaksa kakitangan perubatan serta pesakit dan pendamping mereka menanggalkan pakaian mereka dalam kesejukan melampau sebelum membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui di luar hospital.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#bilik bedah
#Hospital Kamal Adwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan