Skip to main content

Dunia

AS-Israel bebas bertindak kerana negara-negara lain khuatir kesan ekonomi - Pensyarah

iran crisis, flag, epa
Salawati turut berpendapat Republik Islam Iran masih tidak mengalah ketika berdepan tekanan serangan oleh AS-Israel sejak 28 Februari lalu. - Gambar EPA.

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) dan Israel bertindak sesuka hati kerana negara-negara lain khuatir dengan kedudukan ekonomi mereka.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir menegaskan undang-undang antarabangsa tidak lemah seperti yang digembar-gemburkan namun tidak dapat dilaksanakan akibat ancaman daripada AS dan Israel.

Advertisement

“Semua negara takut kehilangan aktiviti ekonomi dengan Israel dan AS, termasuk negara-negara Islam juga,” katanya ketika wawancara bersama Astro AWANI hari ini.

Image
Prof Madya Dr Salawati Mat Basir
Salawati berpendapat pelanggaran piagam ini menunjukkan AS bersikap imperialis dan bertindak secara unilateral seperti yang telah dilakukan ke atas beberapa negara lain sebelum ini.

Salawati turut menyebut piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui artikel 2.1 yang mana dengan jelas menyatakan mana-mana negara hendaklah mengawal daripada menyerang negara-negara berdaulat.

Tambahnya, artikel 2.4 pula melarang negara daripada mengancam atau menggunakan kekerasan terhadap negara lain.

Menurut Salawati, pelanggaran piagam ini menunjukkan AS bersikap imperialis dan bertindak secara unilateral seperti yang telah dilakukan ke atas beberapa negara lain sebelum ini.

“Pelaksanaan (undang-undang antarabangsa) tidak dapat dilakukan memandangkan ianya dipegang oleh kuasa nombor satu dunia yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kekuatan ketenteraan,” katanya.

Namun Salawati berpendapat Republik Islam Iran masih tidak mengalah ketika berdepan tekanan serangan oleh AS-Israel sejak 28 Februari lalu.

Pada masa sama, Salawati berpendapat sikap AS hanya dapat ditentukan oleh rakyatnya yang sedar dan bangkit membawa perubahan.

“Israel menggunakan AS untuk memenuhi kehendaknya di Asia Barat. Tidak ada tentera Israel yang terkorban, sebaliknya yang mati kebanyakannya adalah tentera-tentera AS di pengkalan-pengkalan di negara teluk,” katanya lagi.

Must Watch Video