DUNIA
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
Serangan itu antara pelanggaran harian Israel terhadap perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober lepas. - AP
BANDARAYA GAZA: Pasukan artileri Israel membedil beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza pada awal Sabtu, manakala tentera rejim menjalankan operasi merobohkan bangunan di timur Khan Younis, lapor Anadolu Ajansi(AA).
Serangan itu merupakan sebahagian daripada pelanggaran harian Israel terhadap perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober lepas.
Saksi memberitahu Anadolu bahawa bedilan artileri Israel menyasarkan beberapa lokasi di timur Bandaraya Gaza dan timur bandar Jabalia di utara semenanjung itu.
Mereka menambah bahawa tentera rejim turut merobohkan bangunan dan kediaman di timur Khan Younis, sehingga mencetuskan letupan besar yang kedengaran di sebahagian besar Semenanjung Gaza.
Kapal tentera laut Israel juga melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah dan Khan Younis, manakala sebuah helikopter Israel dikesan melepaskan tembakan di ruang udara Rafah.
Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata itu meskipun pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Januari mengumumkan bahawa fasa kedua perjanjian telah bermula.
Fasa berkenaan merangkumi pengunduran tambahan tentera Israel dari Gaza dan pelancaran usaha pembinaan semula, yang dianggarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal menelan kos kira-kira AS$70 bilion.
Gencatan senjata itu menghentikan serangan Israel yang bermula pada Oktober 2023, yang telah mengorbankan hampir 72,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 171,000 yang lain, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur Gaza.
Walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa, tentera Israel terus melanggarnya sehingga mengakibatkan 574 rakyat Palestin terbunuh manakala 1,518 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini