DUNIA
Israel beri amaran akan sambung serangan jika Hamas langgar gencatan senjata Gaza
Israel memberi amaran akan menyambung serangan ke atas Gaza sekiranya Hamas gagal menghormati terma gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat, susulan pertukaran tebusan dan tahanan yang masih berjalan. - Gambar fail
BAITULMAQDIS: Israel memberi amaran akan menyambung serangan ke atas Gaza sekiranya Hamas gagal menghormati terma gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat (AS), susulan pertukaran tebusan dan tahanan yang masih berjalan.
Amaran itu dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, selepas Hamas menyerahkan baki mayat dua tebusan yang meninggal dunia dan menyatakan tidak mampu mengeluarkan mayat lain dari runtuhan Gaza tanpa peralatan khas.
Sejak Isnin lalu, di bawah perjanjian gencatan senjata yang dirundingkan Presiden AS, Donald Trump, Hamas telah menyerahkan 20 tebusan hidup kepada Israel sebagai pertukaran hampir 2,000 tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel.
Dalam kenyataannya, pejabat Katz menegaskan: "Jika Hamas enggan mematuhi perjanjian, Israel, selaras dengan AS, akan menyambung serangan bagi mencapai kekalahan total Hamas, mengubah realiti di Gaza dan mencapai semua objektif perang."
Sayap bersenjata Hamas pula berkata, baki dua mayat yang diserahkan itu adalah yang terakhir buat masa ini, jauh daripada jumlah keseluruhan yang dijanjikan.
Hamas menegaskan, mereka sudah menyerahkan semua tebusan hidup dan mayat yang mampu diakses, manakala baki mayat memerlukan usaha besar serta peralatan khas.
Tekanan domestik terhadap Israel semakin meningkat, khususnya terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, untuk mengaitkan bantuan kemanusiaan dengan nasib mayat yang masih ditahan.
Menteri Keselamatan Nasional Israel dari pihak kanan, Itamar Ben Gvir turut mengugut akan menghentikan bekalan bantuan kritikal ke Gaza sekiranya Hamas gagal menyerahkan mayat tentera yang masih berada di wilayah Palestin.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru Israel segera membuka semua pintu sempadan ke Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan, termasuk Rafah yang menjadi satu-satunya pintu keluar Gaza tanpa melalui Israel.
Dalam perkembangan lain, agensi pertahanan awam Gaza melaporkan, tiga rakyat Palestin maut akibat tembakan Israel, termasuk dua ketika cuba pulang ke rumah di kawasan Shujaiya, Gaza.
Tentera Israel mendakwa beberapa individu cuba melanggar “garisan kuning” yang ditetapkan di utara Gaza, satu pelanggaran perjanjian gencatan senjata, dan telah diserang untuk menyingkirkan ancaman.
Konflik yang tercetus sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 itu telah menimbulkan krisis kemanusiaan di Gaza, di mana wilayah padat penduduk itu bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang banyak kali disekat. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini