DUNIA
AS, Israel bincang kemungkinan perjanjian dengan Iran
Leavitt memaklumkan, Trump telah menghubungi Netanyahu menerusi panggilan telefon percaya bahawa situasi semasa menuju ke arah tepat.
- Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membincangkan kemungkinan mengadakan perjanjian dengan Iran pada Khamis.
Perkara ini disahkan jurucakap White House, Karoline Leavitt yang memaklumkan, Trump yang telah menghubungi Netanyahu menerusi panggilan telefon percaya bahawa situasi semasa menuju ke arah tepat.
"Presiden telah bercakap dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hari ini. Mereka telah mengadakan perbincangan yang produktif. Mereka membincangkan banyak perkara, termasuk, sudah tentu, insiden tembakan tragik yang berlaku di Washington DC malam tadi.
"Tetapi mereka juga berbincang tentang kemungkinan perjanjian dengan Iran, yang menurut Presiden sedang bergerak ke arah yang betul. Dan seperti yang Presiden beritahu saya dan juga anda semua, perjanjian dengan Iran ini boleh berakhir dengan dua cara.
"Ia boleh berakhir dengan penyelesaian diplomatik yang sangat positif atau ia boleh berakhir dengan situasi yang sangat negatif bagi Iran. Oleh itu, perbincangan ini akan berlangsung lewat minggu ini," katanya.
Dalam pada itu, Trump menzahirkan kesedihan mendalam atas pembunuhan kejam di Washington terhadap dua kakitangan kedutaan Israel, Yaron Lishinsky dan Sarah Milgrom yang maut dalam kejadian tembakan berhampiran Muzium Yahudi Capital, Washington DC pada Rabu malam.
Mengulas lanjut, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan konflik di Gaza dan Trump menyatakan sokongan terhadap matlamat yang ditetapkan oleh Netanyahu untuk membebaskan semua tebusan Israel dan menghapuskan Hamas serta memajukan Pelan Trump. - Agensi