DUNIA
Israel bunuh komander tertinggi Hezbollah dalam serangan udara ke ibu negara Lubnan
Anggota pertahanan awam berkumpul berhampiran lokasi serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan di kawasan selatan Beirut, Lubnan. - Foto REUTERS
BEIRUT: Israel telah membunuh seorang komander tertinggi Hezbollah, Haytham Ali Tabatabai, dalam serangan udara ke atas ibu negara Lubnan, Beirut, pada Ahad, menandakan serangan pertama ke bandar itu dalam beberapa bulan.
Ringkasan AI
Haytham, yang merupakan ketua staf sayap bersenjata Hezbollah, terbunuh bersama sekurang-kurangnya empat individu lain apabila sebuah pangsapuri di kawasan Dahiyeh, kubu kuat Hezbollah di selatan Beirut, dibedil oleh tentera Israel.
Dalam satu kenyataan, Hezbollah mengesahkan kematian “komander agung” itu dan menyifatkan serangan tersebut sebagai “pengkhianatan” yang membuka ruang kepada peningkatan serangan di seluruh Lubnan.
Haytham merupakan pegawai paling kanan Hezbollah yang terbunuh sejak gencatan senjata pada November 2024, yang bertujuan menamatkan konflik lebih setahun antara kedua-dua pihak.
Tentera Israel menyatakan bahawa mereka telah “menghapuskan” Haytham dalam serangan itu, manakala pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengesahkan beliau adalah sasaran utama operasi tersebut.
Media Israel melaporkan ini merupakan cubaan ketiga tentera negara itu untuk membunuh Tabatabai sejak perang tahun lalu.
Pegawai kanan Hezbollah, Mahmoud Qmati, menyifatkan serangan itu sebagai “melampaui garis merah” dan berkata kepimpinan kumpulan itu sedang mempertimbangkan tindak balas.
“Serangan ke atas selatan Beirut hari ini membuka pintu kepada peningkatan serangan di seluruh Lubnan,” katanya.
Haytham dilahirkan di Beirut pada 1968, anak kepada ibu warga Lubnan dan bapa warga Iran.
Beliau membesar di selatan Lubnan dan menyertai Hezbollah ketika berusia 12 tahun.
Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan seramai 28 orang turut cedera dalam serangan tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Haytham Ali Tabatabai, komander tertinggi Hezbollah, terbunuh dalam serangan udara Israel di Beirut, Lubnan.
- Hezbollah mengesahkan kematian Haytham sebagai "komander agung" dan menganggap serangan itu sebagai "pengkhianatan" yang boleh membuka ruang kepada peningkatan serangan di seluruh Lubnan.
- Tentera Israel menyatakan mereka menghapuskan Haytham dalam serangan itu, manakala Hezbollah sedang mempertimbangkan tindakan balas selepas serangan tersebut yang menyebabkan 28 orang cedera.